Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

19 Mei - Najib Mahu Azizulhasni Jadi Contoh Ikutan

azizulhasni-as-Smart-Object-1.gif

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahu juara acara berbasikal keirin dunia, Azizulhasni Awang menjadi role model (contoh ikutan) kepada rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan. 

Perdana Menteri berharap pencapaian Azizulhasni itu akan mendorong rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan lebih cergas dalam bidang sukan. Beliau mengharapkan saudara Azizulhasni boleh menjadi ikon, sebab dia berkebolehan bertutur dengan baik, mempunyai personaliti yang baik dan orangnya pun baik. Beliau yakin saudara Azizulhasni akan menjadi role model khususnya kepada golongan muda.

Mengenai sumbangan Naza Corporation Holdings, Najib berkata ia adalah penghargaan sektor korporat terhadap sumbangan Azizulhasni yang sudah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam bidang sukan. Pada majlis itu, Najib menyampaikan replika kad akses suite kediaman di Trion 888 kepada Azizulhasni.

Hadir sama ialah Pengerusi Kumpulan Naza TTDI SM Nasarudin SM Nasimuddin. Suite kediaman di Trion 888 dengan harga RM350,000 yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan adalah projek pembangunan Naza TTDI Sdn Bhd dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Sebelum ini, pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romli turut menerima suite kediaman di Trion 888.

Sementara itu, Azizulhasni yang baru tiba dari Melbourne pagi tadi berterima kasih kepada perdana menteri dan Kumpulan Naza kerana tampil memberi penghargaan dengan menghadiahkan imbuhan berkenaan. beliau berasa  amat bersyukur apabila dimaklumkan ada majlis penghargaan daripada perdana menteri dan akan menyampaikan sebuah suite kediaman bagi pihak Naza.

Beliau berkata untuk mencapai ke peringkat elit dalam bidang sukan bukan perkara mudah malah banyak berkorban termasuk berada di Melbourne 10 tahun, meninggalkan keluarga, ibu dan ayah selain menghabiskan usia muda di sana. Apa yang penting ialah beliau dapat menginspirasikan generasi muda dalam bidang sukan. 

Berita Disunting daripada Berita Harian