Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Jul - Ditemui rentung di dapur

papar kebakaran

PAPAR: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pedawan di sini, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mayat Mark Jamaing, 36, ditemui di dapur kediaman berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Dunstan Peter, berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.31 pagi.

Katanya, lapan anggota bomba dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi pada jam 4.32 pagi dan tiba di tempat kejadian kita-kira 16 minit kemudian. Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal yang terbakar kira-kita 80 peratus ketika bantuan tiba.

Menurut beliau dalam kenyataannya di sini, pagi ini, seorang mangsa lelaki ditemui rentung di bahagian dapur. Turut musnah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 5.22 pagi.

Berita Disunting Daripada Berita Harian