Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Jul - Suami isteri maut nahas 5 kenderaan

kemalangan

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri maut dan 10 cedera dalam nahas lima kenderaan di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa, Jamaluddin Chamin, 55 dan isteri, Maimunah Wahab, 52, maut akibat cedera parah.

Lima kenderaan yang terbabit ialah Toyota Caldina, PERODUA Axia, PROTON Iswara, PERODUA Myvi dan PROTON Exora.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata mereka yang cedera menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dan mayat suami isteri turut dibawa ke hospital yang sama.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Caldina, yang dari Sungai Rengit menghala Kota Tinggi, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. Ini menyebabkan Toyoto Caldina itu bertembung dengan kenderaan lain, termasuk PERODUA Axia yang dinaiki pasangan suami isteri.

Ahsmon berkata, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Disunting Daripada Berita Harian