Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Jul - Mohd Kamarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Johor

pdrm

JOHOR BAHRU: Bekas Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu.

Beliau dinaikan pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan mengambil alih tugas itu daripada Datuk Mohd Zakaria Ahmad, 57, yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas diadakan di Dewan Dato' Onn Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini dengan disaksikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Mohd Kamarudin berkata, beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepemimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

Katanya, pengalaman selama hampir 30 tahun dalam PDRM akan digunakan sebaiknya untuk meneruskan kesinambungan tugas yang dilaksanakan oleh Mohd Zakaria.

Sementara itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata, selama hampir 15 bulan berkhidmat di Kontinjen Johor, Mohd Zakaria membawa pelbagai kecemerlangan dan kejayaan kepada pasukan polis.

Menurut beliau, biarpun berkhidmat dalam tempoh yang singkat, Mohd Zakaria menunjukkan gaya kepemimpinan yang tinggi dan cemerlang.

Berita Disunting Daripada Berita Harian