Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

17 Jul - Perbadanan khas pantau pembangunan Tasik Chini

datuk abu bakar harun

PEKAN: Kerajaan Pahang akan mewujudkan perbadanan khas bagi menyelia dan memantau perkembangan Draf Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA negeri, Datuk Abu Bakar Harun, berkata cadangan penubuhan itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan EXCO Kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Katanya, sudah ada draf bagi membangunkan kawasan Tasik Chini dan merasakan ada keperluan untuk mewujudkan perbadanan khas bagi memudahkan penyelarasan setiap projek yang dirancang.

Melalui perbadanan ini kelak, proses pembangunan di kawasan atau zon tinggi, zon hutan lipur serta zon tanah rendah dilaksanakan dengan lestari tanpa mengganggu ekosistem sedia ada boleh dipantau dengan teliti.

Beliau memberitahu media berkenaan selepas merasmikan majlis Publisiti Draf Rancangan Khas Tasik Chini di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Rose Shamsul Abd Razak dan Pengarah PLANMalaysia Pahang, Datuk Hazizah Sulaiman.

Abu Bakar berkata, kajian draf itu dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang dan syarikat perunding swasta yang dilantik mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,500 hektar (6,000 ekar).

Katanya, lima teras utama dijadikan panduan bagi memastikan draf itu berjaya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Terdapat lima tumpuan (teras) diberikan perhatian dalam draf ini iaitu menjadikan Tasik Chini sebagai destinasi biosfera bertaraf dunia serta menjadikan Tasik Chini sebagai koridor hijau dan biru.

Selain itu, katanya juga mahu menjadikan Tasik Chini sebagai pemangkin pembangunan ekonomi setempat serta peningkatan akses ke Tasik Chini.

Berita Disunting Daripada Berita Harian