Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

10 Ogos - 'Majlis ECRL junjung prinsip kenegaraan'

ECRL

KUANTAN: Prinsip kenegaraan tetap menjadi keutamaan pada majlis pecah tanah projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah, berkata dakwaan Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali, kononnya majlis itu mengenepikan patriotisme dan bersikap pro China adalah tidak berasas dan tersasar daripada keadaan sebenar.

Katanya, bahasa Melayu digunakan dalam ucapan Perdana Menteri dan Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Menurutnya, atas dasar budaya orang Islam yang menghormati tetamu, khidmat penterjemah bahasa digunakan.

Malahan, persembahan pentas menunjukkan identiti budaya Malaysia manakala penyambut tetamu berpakaian kebaya, malah majoriti hadirian pada majlis bersejarah itu adalah rakyat Malaysia. Bacaan doa juga dilakukan sepenuhnya dalam bahasa Melayu manakala Jalur Gemilang megah di pentas utama.

Tambahnya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini, jika Syed Hassan menghadiri majlis itu, beliau pasti melihat semua ini.

Shahar menegaskan, identiti Malaysia tidak akan hilang menerusi ECRL yang bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat, termasuk dari segi pertumbuhan ekonomi.

Katanya, nikmat itu mungkin tidak dapat dilihat oleh pihak yang tidak menanam sifat cintakan negara, sebaliknya hanya tahu menjadi pengkritik di belakang papan kekunci menyebarkan berita yang salah.

Shahar yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, mengulas dakwaan Syed Hassan kononnya pelancaran projek ECRL di Stesen Utama KotaSAS, di sini, semalam seolah-olah berlangsung di China dan bukannya Malaysia, berdasarkan kepada perjalanan majlis.

Syed Hassan dipetik sebagai berkata, PERKASA dimaklumkan banyak kain rentang bahasa Cina dipasang, malah mendakwa tidak kelihatan bendera Malaysia pada majlis itu.

Perdana Menteri merasmikan majlis pecah tanah projek mega bernilai RM55 bilion itu yang bukan saja mencipta sejarah pengangkutan awam darat, malah memacu kesejahteraan rakyat terutama pembangunan luar bandar.

Landasan kereta api berkuasa elektrik yang dibina akan memberi kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi di Pahang, Terengganu dan Kelantan apabila siap pada 2024.

Projek membabitkan pembinaan rel sepanjang 688 kilometer (km) termasuk laluan terowong 49 km akan dibina kontraktor, China Communication Construction Groups Ltd (CCCC) dengan kerjasama MRL.

Berita Disunting Daripada Berita Harian