Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 Sept - Stesen minyak dirempuh

rempuh petronas

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga tua dipercayai gagal mengawal kereta Perodua Kenari dipandunya sebelum meluncur lalu merempuh premis kedai sebuah stesen minyak di Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 71 tahun itu dikatakan baru selesai mengisi minyak di stesen berkenaan tetapi pitam secara tiba-tiba, menyebabkan keretanya merempuh dinding kaca premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata kenderaan dipandu lelaki itu hanya terhenti selepas merempuh beberapa rak jualan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu itu tidak mengalami kecederaan. Kenderaan yang dipandunya bergesel dengan motosikal yang sedang mengisi minyak, selain sebuah Perodua Kancil yang bergerak keluar dari stesen berkenaan.

Tambahnya, kemalangan tidak membabitkan kecederaan, hanya kerosakan kenderaan dan premis kedai.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Disunting Daripada Berita Harian