Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

14 Sept - Bomba bantu calon UPSR ke dewan peperiksaan

bomba - upsr

TAWAU: Hujan lebat sejak malam tadi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kampung dekat sini, termasuk Kampung Pasir Putih menyebabkan sebilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terkandas ke dewan peperiksaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin, berkata pihaknya menghantar 12 anggota ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 4.43 pagi.

Katanya, dua jalan utama di Kampung Pasir Putih dinaiki air sedalam 1.2 meter mengakibatkan ia tidak dapat dilalui.

Berikutan itu, bomba menggunakan bot untuk membawa murid sekolah terutama calon UPSR keluar daripada kawasan banjir sebelum dihantar ke sekolah masing-masing.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Abdul Hadi Karim, berkata banjir menjejaskan beberapa sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih yang mempunyai 10 calon UPSR, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuok Ming, SK Tanjung Batu dan SK Titingan masing-masing dua calon dan SK Blok 31 (seorang calon).

Bagaimanapun, katanya, banjir tidak menjejaskan UPSR apabila semua calon dapat hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan seperti biasa hasil bantuan bomba, selain inisiatif guru yang datang menjemput dan membawa pelajar menggunakan kenderaan peribadi.

Berita Disunting Daripada Berita Harian