Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

14 Sept - Murid kembar tunggu acara kemuncak

hari malaysia - kembar

KOTA KINABALU: Pasangan kembar cilik yang juga murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris, di sini, tidak sabar untuk membuat persembahan pada acara kemuncak sambutan Hari Malaysia di depan pemimpin tertinggi negara, malam Sabtu ini. 

Ketika ditemui BH ketika sesi latihan dan raptai sambutan Hari Malaysia di pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini, malam tadi, Nur Athina Adriena Basir Mahathir, 8, dan adiknya, Nur Athira Ariena kelihatan ceria, namun fokus mengatur langkah tarian masing-masing.

Nur Athina Adriena mengakui teruja dan seronok apabila dia dan adik kembarnya dipilih menjadi antara wakil sekolahnya dalam persembahan tarian pada malam 16 September ini.

Beliau berasa seronok kerana ini kali pertama mengikuti acara besar seperti ini.

Katanya, walaupun penat kerana perlu berlatih, tetapi beliau tidak sabar untuk membuat persembahan tarian di hadapan pemimpin besar negara terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sama seperti kakaknya, Nur Athira Ariena turut menyatakan rasa teruja menjadi seorang penari pada sambutan Hari Malaysia yang dihoskan Sabah, tahun ini.

Nur Athira Ariena berkata, dia dan kakaknya berlatih di dewan sekolah bermula jam 2 sehingga 5 petang hampir setiap hari dengan bimbingan guru tarian sekolah dan tenaga pengajar luar.

Beliau bukan saja tak sabar untuk membuat persembahan dan menari di hadapan pemimpin negara, malah seronok dapat berjumpa ramai kawan baharu.

Katanya, walaupun ada perasaan takut, tetapi beliau yakin dapat membuat persembahan terbaik pada malam itu nanti.

Pasangan kembar terbabit antara 61 penari kanak-kanak yang terbabit membuat persembahan tarian dan kebudayaan pada acara yang dijangka berlangsung dalam suasana gilang gemilang itu

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sabah, Johan Wahyuddin Taib, berkata pihaknya membantu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dalam jawatankuasa persembahan Hari Malaysia 2017.

Beliau berkata, seramai 20 penari terbabit membuat persembahan sepanjang sambutan yang merangkumi lima segmen utama. Ini termasuk tarian sambut tamu bagi acara pembukaan, segmen warna-warni Malaysia selain mengiringi persembahan penyanyi Dayang Nurfaizah bagi lagu Lelaki Teragung.

Berita Disunting Daripada Berita Harian