Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

13 Mac - 11 Dipenjara Serang Masjid, Harta Awam Di Iran

TEHRAN: Sebelas anggota kumpulan pembangkang Iran yang dituduh menyerang masjid dan harta awam dipenjarakan sehingga enam tahun, lapor agensi berita IRNA.

Timbalan Pendakwa Raya daerah Khorasan Razavi di timur laut Iran, Hassan Heidari, berkata 11 defendan termasuk wanita, juga disabitkan bersalah melakukan propaganda menentang sistem republik Islam. Sebahagian daripada mereka juga didapati bersalah membakar dua masjid di bandar raya Masshad, lapor ISNA, menambah mereka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu. Menurut pihak berkuasa Iran, tertuduh adalah anggota kumpulan pembangkang 'Restart' yang ditubuhkan Mohammad Hosseini, hos pertunjukan di televisyen yang hidup dalam buangan. Menerusi media sosial, beliau didakwa menggesa rakyat Iran menyerang masjid, bank dan pusat yang dikendalikan Basij, militia yang dikaitkan dengan Pengawal Revolusi. Oktober lalu, beberapa bank menjadi sasaran serangan pada waktu malam. Sekurang-kurangnya 25 maut dalam gelombang ketegangan yang melanda negara itu antara 28 Disember dan 1 Januari lalu.

Berita Disunting Daripada Berita Harian