Ahad 16 December 2018
A- A A+

Arkib Berita

16 April - 'Nilaikan BN Atas Rekod Pencapaian'

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) wajar dinilai berdasarkan pelbagai pencapaian dilakar sepanjang menerajui tampuk kerajaan, berbanding retorik kosong yang menjanjikan 'bulan dan bintang'.

Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kayu ukur terbaik yang perlu digunakan rakyat dalam menentukan pemilihan undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah dengan menyemak semula prestasi setiap parti untuk tempoh lima tahun sebelum ini. BN adalah kerajaan berteraskan rakyat dan kita tahu mereka adalah 'hakim' yang akan menentukan keputusan di peti undi, justeru kebajikan orang ramai sentiasa dijadikan aspek utama. Hakimi BN menerusi pencapaian, berbanding retorik kosong dan janji palsu yang mudah ditabur untuk meraih sokongan pengundi kerana hakikatnya, usaha mengotakan janji tidak semudah itu. Bagaimanapun, BN sentiasa berpegang kepada janji seperti yang ditunjukkan menerusi rekod pencapaian kita.  Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, bahang PRU-14 semakin terasa apabila hari mengundi dijadual diadakan pada 9 Mei ini, malah ia kian memuncak selepas lima tahun berkempen. Meskipun tempoh diperuntukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah 11 hari, katanya, pembangkang sebenarnya mula berkempen sebaik PRU-13 selesai dijalankan. Betullah sebenarnya kempen sudah lama berlanjutan sehingga lima tahun kerana parti pembangkang sibuk berkempen tanpa perlu memikirkan tanggungjawab menguruskan negara seperti apa yang dilakukan BN. BN tidak boleh main politik setiap hari kerana tiba masa, mereka perlu memikul amanah dan menjalankan tugas merencana pembangunan negara.

Berita Disunting Daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking