Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

16 April - Real tetap berbisa tanpa Ronaldo, Bale


MADRID: Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale direhatkan, namun Real Madrid tidak menghadapi masalah menewaskan Malaga 2-1 untuk memanjat ke kedudukan ketiga saingan La Liga.

Isco menjaringkan satu gol dan kemudian membantu satu lagi jaringan di La Rosaleda dalam kemenangan selesa skuad Los Blancos susulan kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Juventus pada Rabu lalu. Diego Rolan menghadiahkan gol saguhati buat Malaga pada akhir perlawanan tetapi keputusan masih tidak mengubah apa-apa.

"Hari ini saya boleh bergembira dengan tugas yang dilakukan dengan baik," kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. Seperti Bale dan Ronaldo, Luka Modric serta Raphael Varane juga terpaksa dipinggirkan dengan perlawanan penting separuh akhir Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich akan berlangsung pada minggu hadapan.

Tetapi Isco menggunakan peluangnya ketika bermain di Jerman dengan melakukan sepakan bebas yang Ronaldo dan Bale pasti akan berbangga dengannya selain kerjasama baik bersama Casemiro apabila dia tidak dapat memboloskan diri secara solo dengan mudah. Selepas menjaringkan gol pertama buat Real daripada sembilan penampilannya menentang kelab terdahulu, Isco mengangkat tangan membuat tanda maaf dan menerima sambutan hangat daripada peminat Malaga apabila dia digantikan pemain lain di babak kedua.

"Dia sering menjadi pemain penting meskipun apa orang ramai berfikir mengenainya," kata Zidane mengenai Isco.

"Dia adalah penting biarpun jika seseorang berfikir yang saya mahukan pemain lain dalam fikiran saya."

Kejayaan bermakna Los Blancos mengatasi Valencio, yang ditewaskan Barcelona dalam perlawanan Sabtu tetapi kekal empat mata di belakang Atletico Madrid di tempat kedua. Sementara itu Malaga kekal di tangga tercorot liga apabila mengumpul 14 mata di belakang pasukan di tempat ke-17, Levante yang terdahulu ditundukkan Atletico 3-0.

Berita disunting daripada Berita Harian