Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

23 APRIL - From Zero To Hero: Inspirasi Kepada Generasi Muda


CYBERJAYA -   Pusat Global Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), Cyberjaya mengadakan  Bengkel   MaGIC Design Thinking 101 bersama pelajar Universiti Putra Malaysia.

Program corporate social responsibility (CSR) ini adalah hasil kolaborasi bersama pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar UPM tentang realiti kehidupan dan kejayaan seseorang yang bergelar usahawan.

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia, kadar pengangguran di dalam negara meningkat sebanyak 10.1% pada tahun 2016 berbanding pada tahun sebelumnya. Maka dengan bengkel yang diadakan ini akan memberi nilai tambah kepada para graduan dalam menembusi kebolehpasaran kerja yang semakin mencabar.

Keusahawanan adalah satu bidang yang menjadi pilihan kepada para graduan setelah menamatkan pengajian. Justeru itu, MaGIC yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan Malaysia adalah salah satu platform terbaik untuk para graduan mendapat kaedah terbaik dalam menceburi bidang perniagaan.

MaGIC menyediakan 13 program yang menjanjikan kejayaan kepada peserta. Di antara program yang disediakan adalah National Regulatory sandbox, Idea Accelarator, Malaysia’s Social Inclusion & Vibrant Entrepreneurship (MasSIVE), Pre-Accelerator Bootcamp, MaGIC academy dan lain-lain. Contoh ikon yang berjaya dilahirkan menerusi program MaGIC adalah Caroline Fong, pemilik Coffeezone Enterprise. Beliau memasarkan produknya melalui mobile kiosk yang menarik golongan belia untuk berjaya di dalam bidang usahawan.  Turut berkongsi pengalaman ialah Halim Othman usahawan YouGo Training and Media Consultancy dan Muhammad Faiz Abu Bakar usahawan dari Bolt Studio.

Menurut Koordinator Latihan dan Pensyarah Kanan Fakulti Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Dr. Nurul Ain Mohd Hasan, Persaingan di antara pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta sangat tinggi. Masalah utama bagi pelajar tempatan adalah kurangnya tahap keyakinan mereka sendiri di dalam memasarkan nilai di tempat kerja. Bengkel ini akan meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mampu untuk mencari peluang-peluang di dalam industri perniagaan di masa hadapan.

MaGIC yang dirasmikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bersama YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 27 April 2014 mempunyai misi yang tersendiri iaitu membina ekosistem keusahawanan mampan dan memangkin perniagaan kreatif & berinovasi bagi kesan jangka panjang negara.

Tema from zero to hero, dipilih bagi memberi sumber inspirasi kepada 200 peserta yang hadir di Auditorium, MaGIC, Cyberjaya. Penglibatan mereka dalam bengkel ini akan mengasah kemahiran, meningkatkan kreativiti dan menggalakkan inovasi melalui pemahaman kejayaan dan kegagalan dalam mengusahakan perniagaan. Di samping itu juga bimbingan dalam membentuk dan merancang perniagaan telah diberi di dalam bengkel ini.

 

Penulis dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia