Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

12 Jun - Navratilova jadi pengulas tenis Wimbledon


LONDON: Bekas juara tenis Martina Navratilova akan menjadi pengulas perlawanan Wimbledon untuk BBC tahun ini selepas mengkritik bayaran tinggi yang diterima rakannya, John McEnroe.

Martina pada Mac lalu mendapati McEnroe dibayar sekurang-kurangnya AS$200,000 (RM797,915) - 10 kali ganda lebih banyak berbanding bayaran yang diterimanya untuk memberi komentar - selepas BBC mengeluarkan senarai pengulas dan wartawan yang menerima bayaran tertinggi.

Dalam satu tweet Sabtu lalu dia menyatakan "sangat gembira untuk mengumumkan dia akan berkerja di Wimbledon," sambil menambah, "adalah baik melihat BBC memandang serius isu kesamaan gaji membabitkan jantina".

Martina berkata, dia 'suka' memberi komen terhadap perlawanan lelaki seperti mana wanita namun tidak mendedahkan sama ada BBC sedar akan kebimbangannya mengenai gaji yang tidak sama rata yang dibangkitkan itu. Penyiar awam Britain berdepan dengan kritikan daripada staff wanita yang mengadu bahawa mereka mendapat bayaran yang kurang berbanding lelaki biarpun melakukan kerja yang sama dan hal itu mewujudkan diskriminasi gaji yang diterima membabitkan perbezaan jantina.

BBC Sport berkata, McEnroe dan Martina memainkan peranan berbeza dalam pasukan dan 'jantina bukan faktor' dalam isu pembayaran gaji.

"Jurang gaji yang dibayar dalam sukan juga berlaku di tempat lain, ia berlaku kerana kami menilai kerja wanita sama seperti yang kami lakukan kepada lelaki," kata Ketua Polisi dan Wawasan Fawcett Society.

"Jika BBC mahu mengekalkan wanita yang berbakat, mereka perlu meneruskan usaha dan mereka perlu memandang serius isu pembayaran gaji mengikut jantina," katanya.

Perlawanan Wimbledon tahun ini akan bermula pada 2 Julai. Kejohanan itu memperkenalkan hadiah wang tunai yang sama rata membabitkan kategori lelaki dan wanita bermula pada 2007 selepas bertahun-tahun berkempen mengenai kesaksamaan hak. - Reuters

Berita disunting daripada Berita Harian