Sabtu 18 August 2018
A- A A+

Arkib Berita

13 Jun - Allardyce 'sangat cemburu' Southgate

Allardyce menjadi pengurus England pada Julai 2016 tetapi dipecat FA selepas hanya 67 hari kerana berkelakuan "tidak sepatutnya" apabila berjaya diperangkap akhbar. Pengendali berusia 63 tahun itu yang dirakam menawarkan cara bagaimana "mengatasi" peraturan perpindahan FA, memberitahu BBC dalam dokumentari disiarkan minggu ini bahawa keputusan untuk memecatnya dibuat "sangat tergesa-gesa."

"Saya rasa sangat cemburu. Sangat kecewa. Saya sepatutnya berada di sana. Malangnya disebabkan sesuatu keadaan yang sepatutnya tidak menjadi apa-apa," katanya. "Jika sedikit masa lagi diambil, sedikit lagi kesabaran, saya percaya saya masih lagi menjadi pengurus England."

Southgate memimpin England ke kedudukan teratas kumpulan kelayakan Piala Dunia tanpa kalah dan Allardyce memberikan sokongan sepenuhnya terhadap penggantinya itu.

"Saya kini sudah bangkit - dan ketika saya sangat cemburu saya akan menyaksikan Gareth dan pemain dan harap mereka boleh beraksi dengan sangat baik," katanya.

England memulakan kempen Piala Dunia menentang lawan Kumpulan G, Tunisia pada Isnin sebelum berdepan Panama dan Belgium. - REUTERS

Berita disunting daripada Berita Harian

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking