Isnin 12 November 2018
A- A A+

Keselamatan Komputer

Definisi Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.

 

 

komputer

Beri perhatian kepada keselamtan komputer anda

 


Cara-Cara Menjaga Keselamatan Komputer 
* Pencegahan Dari  Jangkitan Virus-
Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.
Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)-
Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru. 
" Menghalang password Cracker-
- Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
- Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
- Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
- Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.

" Gunakan Internet Firewall
Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam,      virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
- Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.

ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER
Keselamatan komputer meliputi 4 aspek penting iaitu:
" Tanggungjawab
" Keselamatan fizikal
" Keselamatan sistem
" Keselamatan data
Antara aspek yang lain iaitu:
1. Suhu dalam makmal komputer sebaiknya tidak lebih daripada 40 ° C.
2. Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya     voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
3. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
4. Komputer juga agak sensitif, jadi elakkan daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
-5. Komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.
Kesimpulan
Keselamatan komputer adalah penting untuk melindungi sistem komputer dan maklumat daripada penggunaan yang tidak sah. Kerosakan akibat pencerobohan, dan bencana semula jadi.  Langkah-langkah keselamatan diambil untuk mengelakkan daripada serangan penggodam, pencerobohan, sabotaj dan sebagainya. Maka ciri-ciri keselamatan di atas adalah diperlukan bagi mengelak keselamatannya diganggu gugat.

Disunting : Akhbar-akhbar tempatan
                  

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking