Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Nuiquitin - Bantuan hentikan tabiat merokok



nuiquitin

"Susah nak berhenti merokok. Rasa lesu dan tak bermaya. Berhenti sebulan kemudian nak merokok semula, tak tahanlah! Keluarga pula menjauhkan diri daripada saya, mungkin saya bau asap rokok dan mereka tak suka bau asap rokok pada pakaian mereka," keluh Hamzah mengenai masalah ketagih rokoknya.










Beliau sedar perbuatannya mengeluarkan asap putih yang berkepul-kepul semasa menghisap rokok boleh memudaratkan mereka yang berada di sekelilingnya. Malangnya beliau sukar berhenti merokok.












Hari ini terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu seseorang menolak nikotin. Cara yang paling mudah ialah melalui sebatang rokok.












Kenaikan harga rokok sebanyak 70 sen baru-baru ini untuk setiap kotak berisi 20 batang rokok jenis premium menjadikan harga sekotak rokok kini ialah RM10. Dengan kenaikan harga itu, diharap ia dapat mengurangkan pembelian rokok.












Terapi menghisap gula-gula mentol atau mengunyah gula-gula getah antara kaedah yang paling popular untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi ramai yang mengaku ia hanya sementara.

Bau rokok















"Paling lama saya dapat bertahan tidak merokok ialah di antara empat hingga enam minggu. Tetapi, bila saya terhidu bau rokok di tempat awam, saya dah tak boleh tahan.













"Saya hanya perlukan satu sedutan saja dan keinginan merokok saya melampaui motivasi keluarga dan rakan-rakan yang berkongsi kesan buruk tabiat merokok ini," kata Mohd. Afizi Aziz.

Beberapa syarikat farmaseutikal memperkenal kaedah yang boleh mengurangkan ketagihan perokok secara perlahan-lahan.














Antaranya termasuklah ubat-ubatan, semburan dan tampalan. Sejenis semburan yang disembur di bawah lidah dapat menghentikan ketagihan rokok kerana asap tembakau dirasakan begitu manis bila dihidu.














Satu lagi opsyen yang diperkenal baru-baru ini ialah kaedah tampalan yang boleh mengurangkan kebergantungan perokok kepada nikotin secara berkesan.












Ketagihan terhadap rokok dikatakan dapat dilenyapkan dalam masa lima minit dengan tampalan NiQuitin. Tampalan itu ialah produk baru keluaran Glaxo Smith Kline (GSK). Ia boleh didapati di dalam tiga pek berlainan dos iaitu 7 miligram (mg), 14 mg dan 21 mg. Harga sekotak NiQuitin yang mengandungi tujuh keping tampalan tidak melebihi RM75.













Tampalan itu dikatakan lebih berkesan apabila ia ditampal di bahagian badan yang kurang atau tidak berbulu roma.

"Ia perlu ditampal di bahagian badan yang berbeza-beza termasuk bahagian belakang dan atas punggung supaya sel-sel kulit boleh tumbuh semula dan rasa tidak selesa atau gatal pada kulit dapat dielakkan," kata Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamad.

Haniki yang juga setiausaha Kumpulan Kerjasama dan Bersekutu Profesional Kesihatan Malaysia untuk Memberhentikan Tembakau (IMPACT) menjelaskan : "Setiap sesi rawatan hanya mengambil masa tiga bulan. Seseorang itu tidak boleh menggunakan tampalan seperti ini melampaui tempoh masa enam bulan.

"Tampalan yang digunakan di dalam tiga peringkat itu mengambil masa 12 minggu untuk selesai dan melihat hasilnya."















Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir. Tampalan itu digunakan selama 24 jam.














Satu lagi cara ialah di dalam bentuk gula-gula lozenges. Gula-gula itu boleh didapati dalam pek dua dan empat miligram pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji.












Lozenges tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes.














Bagaimanapun, lozenges mengandungi dos nikotin yang memberikan kepuasan kepada perokok yang cuba menolak tabiat merokok tetapi gagal.
















Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutnya.



















Tampalan NiQuitin memerlukan kos RM750 untuk memulihkan tabiat merokok. Kos lozenges di antara RM634 sehingga RM835 untuk rawatan di antara 10 hingga 12 minggu.

- BERNAMA