Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Blackberry Porsche

pix_gal0

KERJASAMA antara Kumpulan Porsche Design dan Research In Motion (RIM) melakar sejarah baru dengan kelahiran produk telefon pintar dikenali Porsche Design P'9981 yang disasarkan khusus untuk pengguna tempatan.

Keunikan yang diketengahkan P'9981 ialah penggunaan bahan kerangka keluli, lapisan berasaskan ciri sama seperti kulit pada penutup belakang, papan kekunci QWERTY dan paparan sesentuh kristal. Ciri keselamatan P'9981 lebih baik berbanding sebelum ini apabila turut dilengkapi PIN ekslusif yang dapat membantu mengenalpasti pengguna sistem telefon pintar berkenaan.

Reka bentuk tulen dan tersendiri dipertingkatkan dengan penggunaan bahan asli serta penekanan kepada proses pembuatan sempurna sesuai dengan prinsip Blackberry dalam penyediaan telefon pintar era moden.

P'9981 didatangkan dengan prosesor 1.2 GHz dan mampu menghasilkan rakaman video HD dengan resolusi grafik pada kadar 24 bait.

Ia turut dilengkapi sistem pengesan termaju bagi membolehkan aplikasi baru digunakan dengan sistem P'9981.

Memori 8GB juga boleh ditingkatkan sehingga 40GB dengan kad mikro SD.

Telefon pintar baru ini menggunakan sistem operasi Blackberry 7 termasuk aplikasi pelayar generasi masa depan Blackberry yang pantas bagi menyediakan pengalaman capaian internet terbaik dalam industri.

Ia juga dilengkapi ciri Komunikasi Lapangan Berdekatan (NFC) untuk hubungan mudah dengan pelbagai peranti.

P'9981 boleh didapati di pasaran menjelang hujung tahun ini.

Berita Di Sunting Dari Sumber : Berita Harian