UPSR, PMR & SPM
Majlis Pelancaran Buku


TARIKH KEMASKINI
Selasa 22 Mei 2012, 12:13
|
Keluhuran Perlembagaan
- Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).
- Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
- Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal.
- Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang
|
 |
|