Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Selsema Burung

Wabak Avian Influenza (AI) atau lebih dikenali dengan selesema burung yang melanda Asia terus mencetuskan kebimbangan apabila wabak tersebut juga telah mencatatkan kes jangkitan terhadap manusia sehingga membawa maut. Bermula Januari 2004, lapan negara dilaporkan menghadapi wabak AI iaitu Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja, Laos, Indonesia dan China.

Manakala pada tahun ini, bermula 28 Januari hingga 22 September , 114 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan dengan 59 kematian di Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Laporan terbaru, jangkitan virus H5N1 di kalangan manusia dilaporkan di Indonesia dan Vietnam. Walau bagaimanapun, Malaysia diisytihar bebas daripada wabak itu pada 3 Januari lalu.

Kini, Malaysia mengambil langkah drastik dengan mewujudkan pelan tindakan yang dinamakan “Alert, Enhanced Surveillance And Management of Avian Influenza In Human” yang disediakan Jawatankuasa Kebangsaan Kesiapsiagaan Pandemik Influenza bagi menghadapi pandemik AI.

Antara pelan tindakan tersebut ialah:

  • Menyediakan bekalan anti viral Tamiflu
  • Memberi vaksin influenza kepada kakitangan kesihatan
  • Membekalkan alat perlindunagn diri (PPE)
  • Mewujudkan wad pengasingan
  • Melatih kakitangan perubatan mengenai pengendalian influenza
  • Memperkukuhkan pemerhatian virus influenza di makmal JUKM dan HUSM
  • Mendidik orang awam.

Ekoran daripada wabak selesema burung yang melanda Indonesia, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak berkenaan.

Virus Influenza

Virus Influenza yang menyerang ternakan ayam adalah sama dengan virus influenza yang menyebabkan demam selesema pada manusia. Ia adalah virus RNA keluarga Orthomyxoviridae, genus influenza. Saiznya berukuran 80 ke 120 nm diameter.


Pada masa ini virus influenza sub-tip H5N1 dan H7N7 adalah dikenal pasti sebagai “Highly Pathogenic Avian Influenza” (HPAI). Virus H5N1 adalah yang menyebabkan wabak di Hong Kong, Korea, China, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Manakala virus H7N7 telah menyebabkan wabak di Holland.

Tanda-tanda Jangkitan HPAI


Ayam yang dijangkiti virus HPAI akan menunjukkan tanda klinikal setelah 2 hingga 3 minggu dijangkiti. Tanda utama sebelum ayam tersebut mati ialah :

  • Berair pada hidung dan mata
  • Berak cair
  • Balung dan kaki menjadi amat merah kemudian menjadi pucat dan kebiruan
  • Kematian yang tinggi mencapai 70 hingga 100 peratus
  • Bagi ayam penelur, pengeluaran merosot dan terus berhenti

Apakah yang perlu dilakukan jika mengesyaki ayam-ayam di ladang dijangkiti HPAI?


Apabila anda mengesyaki ayam-ayam di ladang ada dijangkiti HPAI (kematian lebih 3 peratus dengan tanda-tanda klinikal dinyatakan) anda perlu mengambil TINDAKAN SEGERA:

  • Henti pergerakan serta-merta – tutup ladang, pastikan tiada ayam dibawa keluar dari ladang, tiada kenderaan keluar masuk, kawal pekerja keluar masuk ladang, pekerja yang perlu sahaja dibenarkan bertugas dan pastikan mereka memakai pakaian keselamatan.
  • Tingkatkan biosekuriti di pintu masuk ladang.
  • Hubungi Bilik Gerakan HPAI Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan.
  • Kemaskini maklumat ladang.

Kerjasama pelbagai pihak bagi membantu mengawal rebakan jangkitan HPAI
Rebakan jangkitan HPAI ini akan dapat dikawal dengan mengambil TINDAKAN SEGERA :

  • PENTERNAK memberitahu Jabatan apabila mengesyaki berlaku wabak diladang.
  • JABATAN menjalankan penyiasatan dan membuat pengesahan.
  • PENTERNAK, JABATAN DAN PIHAK INDUSTRI memberikan kerjasama bagi menajalankan proses pemusnahan.
  • PERSATUAN PENTERNAK memastikan ahli-ahlinya mematuhi arahan yang di keluarkan Jabatan bagi mengawal dan membasmi penyakit.

Sumber maklumat : Berita Harian, 21 September 2005
http://www.jphpk.gov.my/
http://agrolink.moa.my/