Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 12:13

Sindrom Leigh

Sindrom Leigh merupakan sejenis penyakit genetik neurometabolik yang jarang ditemui di mana berlaku proses degenerasi/kemerosotan pada sistem saraf utama iaitu otak, saraf tunjang dan saraf mata. Ini bermaksud sistem saraf utama akan hilang keupayaan berfungsi dan proses ini berlaku secara beransur-ansur.
Ia mula diketengahkan pada tahun 1951 dan Sindrom Leigh kerap berlaku di kalangan bayi berumur di antara tiga bulan hingga dua tahun. Penyakit ini menjadi ketara dengan cepat dengan tanda-tanda pertamanya adalah seperti hilang kawalan pada leher dan kepala, kurang menghisap susu, hilang kawalan pada otot-otot, hilang selera makan, muntah-muntah, sawan dan menangis berpanjangan adalah mungkin tanda-tanda lain yang turut dilihat dalam penyakit ini.

Semasa penyakit ini berlarutan dan menjadi lebih serius, masalah-masalah lain seperti masalah jantung dan lemah keseluruhan otot-otot badan berlaku mengakibatkan lactic acidosis iaitu keadaan di mana badan menghasilkan terlampau banyak asid laktik. Sindrom Leigh adalah suatu masalah genetik pada enzim-enzim atau bahan-bahan kimia dalam badan yang mengawal beberapa proses biokimia yang perlu untuk kehidupan.


Tanda-tanda

Lewat perkembangan, lemah otot dan lactic acidosis berlaku hampir-hampir pada semua kes Sindrom Leigh.

Tanda-tanda lain termasuk:

  • Gangguan pernafasan; hiperventilasi (pernafasan pada kadar yang terlalu cepat semasa rehat, menyebabkan kepekatan karbon dioksida dalam darah menurun tanpa disedari), berhenti nafas (apnea), sesak nafas (dispnea). Ia berlaku dalam 70 peratus kes
  • Neurologikal; lemah otot, kurang koordinasi otot (ataksia)
  • Mata; pergerakan otot-otot mata yang tidak normal dan buta
  • Jantung; masalah-masalah jantung dan pembentukan jantung
  • Sawan juga boleh berlaku. Ia mungkin berbaloi kepada keluarga yang ada Sindrom Leigh

Kaunseling Genetik

  • Chorionic Villus Sampling (CVS) atau amniosentesis boleh dilakukan untuk ujian prenatal. CVS boleh dilakukan pada 10 hingga 12 minggu kehamilan manakala amniosentesis pada minggu-minggu di antara 15 hingga 18 minggu.
  • Tisu yang didapati daripada CVS atau amniosentesis boleh menunjukkan masalah genetik yang membawa kepada Sindrom Leigh.