Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Tabung Bantuan Perubatan

Garis Panduan Mengenai Bantuan di Bawah Tabung Bantuan Perubatan (TBP)

Syarat-Syarat Kelayakan



i.      Warganegara Malaysia.

ii.     Pesakit miskin / kurang mampu yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial perubatan atau JabatanKebajikan Masyarakat.

iii.    Pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kerajaan.

iv.    Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jenis-jenis Bantuan Yang Dipertimbangkan


i.     Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan yang kemudahan tersebut tidak terdapat di Hospital Kerajaan:



ii.    Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tetapi telah berdaftar dengan Biro Farmasutikal Kebangsaan; dan



iii.    Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian peralatan perubatan serta peralatan untuk tujuan rehabilitasi dan meningkatkan kefungsian yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan

Konsep Bantuan



i.     Bantuan hanya dipertimbangkan sebelum rawatan dibuat. Permohonan bagi rawatan yang telah dibuat tida,k akan dipertimbangkan.



ii.    Bagi rawatan yang diperolehi di dalam negara sahaja



iii.   Rawatan mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Perubatan Malaysia.



iv.    Bantuan yang dipertimbangkan adalah bantuan rawatan perubatan sahaja (lain-lain bantuan seperti sara hidup dan pengangkutan tidak dipertimbangkan).



Pesakit Yang Tidak Layak



Kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan atau anggota keluarga kakitangan Kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Perlaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA).





Jenis-jenis Bantuan Yang Tidak Dipertimbangkan





Bantuan bagi tujuan-tujuan seperti di bawah tidak dipertimbangkan:



i.    Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic;



ii.   Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility);



iii.   Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;



iv.   Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan



v.    Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan – badan lain

Tempoh Bagi Rawatan Berterusan





Sekiranya rawatan yang berterusan diperlukan maka bantuan akan dipertimbangkan untuk tempoh maksima dua tahun sahaja. Setelah tamat tempoh tersebut, permohonan boleh dikemukakan semula jika pesakit masih memerlukan rawatan.





Kaedah Pembayaran

Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan dibayar terus kepada pusat rawatan / pembekal peralatan.

Pembatalan Permohonan



Semua permohonan adalah terbatal jika:


i.    Jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar.

ii.   Pesakit yang mendapat tajaan daripada pihak lain atau rawatantidak diperlukan lagi.

Jenis-jenis Penyakit Yang Memerlukan Rawatan Yang Berterusan Yang Boleh Diberi Bantuan





a) Blood Disorders - all blood disorders excluding



i. Thalassemia for relevant age groups

ii. Factor V111 deficiency

iii. Factor 1X deficiency

iv. Von-Willebrands'

v. And others where treatment is available at the Government hospitals.



b) Bone and joint disorders.



c) Ear and hearing disorders



d) Endocrine disordes



e) Eye disorders



i. Age Related Macular Degeneration

ii. Photo Dynamic Therapy

iii. Glaucoma

iv. Anisometropia

v. Corneal Opacities



f) Genetic and metabolic disorders



i. Special diets (as adviced by medical specialists)

ii. Medications

iii. Other proven interventions (as adviced by medical specialists)



g) Heart diseases



i. Congenital

ii. Acquired



h) Immune disorders



i) Long term care following surgical intervention



j) Neurological and neurodegenerative disorders



k) Orthopaedic conditions requiring surgical interventions



l) Renal disorders



m) Respiratory disorders



I. Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home oxygen therapy

ii. Other chronic conditions

Nota:



Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan secara 'case to case basis' jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Perubatan.

Dokumen Sokongan



Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:



i.    Salinan kad pengenalan / surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak) yang jelas dan terang.



ii.    Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan Laporan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan.



iii.    Laporan sosioekonomi (Borang B) yang disediakan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.



iv.    Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja / pernah bekerja).

Prosedur Untuk Memohon



a)   Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan daripada: Urusetia Tabung Bantuan perubatan (TBP) di alamat seperti berikut:



Urusetia

Tabung Bantuan Perubatan,

d/a Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kewangan,

Tingkat 9, Bangunan PERKIM,

Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-40457299/7315



Mulai 1 Jun 2005 alamat urusetia adalah seperti berikut :

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Bahagian Kewangan Am,

Aras 7, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62518 Putrajaya.

Tel: 03-88833888







b)   Borang permohonan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Hospital Kerajaan (Unit Kerja Sosial Perubatan / Unit Kebajikan Perubatan) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.



c)    Pemohon hanya perlu mengisi borang A, manakala borang B akan diisi oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripada Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.



d)    Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kerja

Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau terus ke alamat di atas.