Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong

abdul_ghani

Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong merupakan seorang negarawan yang dilahirkan di Ranau, Sabah pada 30 Mei 1932. Beliau seorang yang berjiwa rakyat kerana keakraban dan kemesraannya dengan rakyat sekeliling. Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong telah memberi sumbangan yang besar nilainya terutama dalam usaha menyuntik semangat rakyat Sabah supaya menyokong pembentukan Malaysia.

Tan Sri telah bersama-sama dengan Tun Haji Mohamad Fuad Stephaens membantu Suruhanjaya Cobbold menjelajahi daerah pendalaman khususnya Ranau, Kundasan, Tambunan, Keningau, Jeselton (kini Kota Kinabalu), Kudat, Sandakan dan Kinabatangan untuk memberi kefahaman tentang kebaikan dan kelebihan bagi Sabah sekiranya sama-sama membentuk Negara baru(Malaysia).

Kejayaan politik Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong dalam politik Sabah terutama selepas pembentukan Malaysia ialah beliau berjaya menubuhkan Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (UPKO) dan parti itu telah mula bertanding dalam pilihan raya Umum Negeri Sabah yang pertama pada April 1967. Menteri Hal-Ehwal Sabah dan Pertahanan awam adalah jawatan pertama beliau sebagai menteri dalam kabinet Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj. Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Kehakiman serta Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Malaysia. Jasa dan sumbangan beliau bagi pembangunan infrastruktur di bandar dan luar bandar sangat besar kepada pembangunan negara pada masa itu.

 

Rujukan: 
1.    Nota Sidang Akhbar, Anugerah Tokoh sempena sambutan perayaan Hari Malaysia Tahun 2010 (KPKK)
2.    Memori Pejuang Bangsa (Bersama mencipta masa depan gemilang)
3.    Berita Harian 17 September 2010
4.    Harian Metro 17 September 2010