Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Profil Negeri Kedah

 

peta-malaysia

Peta Malaysia

Pengenalan

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia meliputi 13 buah negeri iaitu Kedah, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Unjuran penduduk Malaysia pada tahun 2010 adalah seramai 28,250,500 orang dengan pecahan Melayu - 14,015,500; Bumiputera lain - 3,026,600; Cina - 6,451,300; India – 1,924,600; Lain-Lain – 358,800; dan bukan warganegara – 2,473,700.












Kedah

langkawirumah-kelahiran-mahathir

Antara tempat peranginan yang terkenal di Kedah

Ramai sejarawan menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun keempat lagi. Terdapat pelbagai sumber yang menceritakan bagaimana nama “Kedah” timbul.

Antaranya unsur-unsur Arab dan Parsi yang memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai “Kilah” (Ibnu Khurdadhbih 846) atau “Kalah” (Ibnu Muhalhal, 941) atau “Qalha”. Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sanskrit yang menyebut Kedah sebagai “Kataha” atau “Kadara” dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebut Kedah sebagai “Kadaram” atau “Kalagam”. “Kadaram” bermakna kuali besar dan “Kalagam” pula bermakna warna hitam. Menurut ahli sejarah, nama Kedah berasal daripada perkataan “Kheddah” yang bermaksud perangkap gajah.



Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkataan Arab “Kedah” yang bermakna gelas berkaki. Dari unsur-unsur China, iaitu semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai “Langgasu” atau “Langa” (atau Langkasuka). Penulis The Study Of Ancient Times in The Malay Peninsula and The Straits of Malacca, Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai “Gedda”. Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan “Khadar” yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi.



Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Thailand dan mempunyai keluasan kira-kira 9,425 km2. Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Kedah mempunyai 15 kawasan Parlimen, 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 12 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Yan, Pendang, Bandar Baharu dan Pokok Sena. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 1,966,900 orang.



Kedah menawarkan destinasi pelancongan yang menarik. Salah satu destinasi pelancongan yang patut dikunjungi di negeri ini ialah Pulau Langkawi. Pulau ini terkenal dengan destinasi percutian bebas cukai dan turut memiliki rangkaian pantai yang bersih dan indah. Gunung Jerai pula merupakan gunung yang tertinggi iaitu mencapai 1,217 meter.

Selain itu, Kedah turut menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Payar, Air Terjun Puncak Janing, Air Terjun Sedim, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni Negeri, Batu Hampar, Bukit Kayu Hitam, Bukit Pinang, Junjong, Kota Kuala Kedah, Lata Asam Jawa, Lata Mengkuang, Lembah Bujang, Masjid Zahir, Muzium Negeri, Muzium Padi, Pantai Merdeka, Tasik Pedu, Pekan Rabu, Perangin Sik, Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Seri Perigi, dan Makam Diraja.

Sumber: Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan
Jabatan Penerangan Malaysia

http://www.kedah.gov.my