Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Profil Negeri Perak

Perak















labusayongpulau-pangkor



Pembuatan labu sayong Kuala Kangsar (kiri) dan Pulau Pangkor merupakan destinasi popular di negeri Perak












Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak.










Justeru, pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya. Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,005 km2 (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.












Ibu negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah iaitu Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak.











Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di negeri Perak dan kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 2,460,800 orang.















Perak menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill), Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Stesen Kereta Api Ipoh, Istana Kellie’s, Kuala Gula, Air Terjun Lata Iskandar, Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak, Perak Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan Gua Tempurung.

















Sumber: Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan
Jabatan Penerangan Malaysia
http://www.perak.gov.my