Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Profil Negeri Perlis

Perlis










padang-besarlaksa













Padang Besar (kiri) merupakan destinasi membeli belah terkemuka di Perlis selain daripada keenakan rasa laksa Kuala Perlisnya
























Sejarah negeri Perlis bermula pada tahun 1821. Ketika itu berlaku tindak balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam ke atas Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan Perlis.















Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor di negeri Perlis. Timbalan Gabenor bagi negeri Perlis pada ketika itu ialah Syed Hussin Jamalullail. Inilah detik bersejarah bagi negeri Perlis di mana telah mendapat pengiktirafan daripada status tanah jajahan kepada sebuah negeri naungan.
















Dari segi kedudukan geografi, Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Di sebelah selatan, Perlis berjiran dengan Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 795 km2 persegi dengan jumlah penduduk pada tahun 2010 adalah seramai 240,100 orang.


















Ibu negeri Perlis ialah Kangar, manakala Arau merupakan bandar Diraja yang terletak 10 km dari bandar Kangar. Perlis mempunyai tiga kawasan Parlimen serta 15 kawasan Dewan Undangan Negeri.

















Negeri kecil ini mempunyai “Tujuh Pesona” tersendiri yang menggamit kunjungan. Pesona tersebut ialah; panorama (Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh); Taman Ular dan Reptilia Perlis; Harumanis; makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis, makanan laut); tarikan sempadan (Padang Besar, pasar Ahad Wang Kelian); seni suara burung (tekukur dan merbok); dan pengembaraan hutan (Taman Negeri, Gua Wang Burma).



























Sumber: Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan
Jabatan Penerangan Malaysia
http://www.perlis.gov.my