Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Rabu 23 Mei 2012, 10:44

Profil Negeri Terengganu

 

Terengganu

 

 

 

 

tasik-kenyir

masjid-kristal

 

 

 

 

Masjid Kristal (atas) atau lebih dikenali sebgai masjid terapung sentiasa menjadi tarikan pelancong

dalam dan luar negara. manakala keindahan Tasik Kenyir (bawah) menjadi igauan pencinta alam semulajadi.

 

 

Negeri Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Kuala Terengganu dan negeri ini terkenal dengan pelbagai kegiatan ekonominya, daripada yang berasaskan perikanan, petroleum, sehinggalah kepada sektor pelancongan. ‘Permata Pantai Timur’ adalah gelaran yang sememangnya sesuai diberikan kepada negeri ini memandangkan ia merupakan sebuah negeri yang sangat kaya dengan pelbagai sumber yang boleh menambah daya penarik pelancong untuk sampai ke negeri bertuah ini. Jaluran pantainya yang menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman) menawarkan rangkaian kepulauan indah yang sudah terkenal di merata dunia.Bahagian utara dan barat laut negeri ini bersempadan dengan Kelantan, manakala bahagian selatan dan barat dayanya bersempadan dengan Pahang. Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan kira-kira 12,955.14 km2. Warna putih pada bendera negeri ini melambangkan sultan manakala anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam Terengganu terbahagi kepada lapan kawasan Parlimen, 32 kawasan Dewan Undangan Negeri dan tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 1,050,000 orang. Terengganu menawarkan destinasi pelancongan seperti pulau, pantai dan tempat menarik seperti Bukit Keluang, Pulau Duyung, Pulau Gem, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Rantau Abang, Pulau Tenggol, Bukit Puteri, Pasar Seni, Chendering, Istana Maziah, Tasik Kenyir, Kuala Terengganu, Air Panas La, Taman Tamadun Islam, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Air Terjun Sekayu, Air Terjun Sungai Ceralak dan Kompleks Muzium Negeri Terengganu.


 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan
Jabatan Penerangan Malaysia
http://www.terengganu.gov.my