Berkuat kuasa pada 1 Mac 2011 nama baru portal ialah Portal 1KLIK. Tema baru juga ditukar kepada Tepat dan Bermaklumat. Sehubungan itu, banner portal juga ditukar agar lebih menarik dan interaktif.
Relevan 1KLIK:
- Nama baru portal yang lebih segar dan unik sesuai dengan pembaharuan yang dilakukan agar Portal 1KLIK lebih mesra pengguna, interaktif dan informatif.
- Lambang 1 merupakan logo 1Malaysia dan menandakan sokongan terhadap gagasan 1Malaysia
- Terdapat banyak maklumat yang diperlukan hanya dengan 1KLIK pada butang mahupun carian.
Tema Baru portal:
TEPAT DAN BERMAKLUMAT
- Tema ini dipilih bertepatan dengan maklumat yang disediakan amat berguna dan memberi input kepada semua golongan sasar.
- Maklumat yang diperoleh dinyatakan sumber dan tarikh memuat naik artikel




