Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dewan Rakyat pada 29 Ogos 2008 yang lalu memanafaatkan semua lapisan masyarakat dengan tumpuan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mutu hidup rakyat serta peruntukanbesar untuk prasarana terutama pengangkutan Awam. Bertemakan ‘Kerajaan Prihatin’ dan dirangka sejajar dengan lima teras Misi Nasional, Bajet 2009 dengan peruntukan RM207.9 billion, menumpukan kepada tiga strategi iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti dan memperkukuhkan daya tahan negara. Kecuali kenaikan cukai rokok sebanyak tiga sen sebatang bagi menggalakan gaya hidup sihat, pelbagai langkah serta insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam bajet itu sebahagian besarnya adalah untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
Sumber Maklumat:
September 2008
Jabatan Penerangan