Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

GEOGRAFI

Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia meliputi 13 buah Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) dan 1 Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada 3 buah Wilayah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Lokasi

Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa iaitu Garisan Lintang 2º dan 7º Utara dan Garisan Bujur 100º dan 119º Timur. Keluasan Malaysia meliputi 329, 961.22 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia sahaja meliputi seluas 131,598 kilometer persegi, manakala, Sabah dan Sarawak adalah 198, 069.61 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand (utara), Singapura (selatan), Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam dan Sabah bersempadan dengan Filipina. Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung dengan Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura.

Jumlah Penduduk Malaysia

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lengkap    diskette

Negeri-Negeri di Malaysia

Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur


Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kuala Lumpur mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dan mempunyai 11 kawasan Parlimen iaitu Bandar Tun Razak, Batu, Bukit Bintang, Cheras, Kepong, Lembah Pantai, Segambut, Seputeh, Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.

Kuala Lumpur dikenali sebagai Bandaraya Bercahaya, Pusat Kesenian Antarabangsa, Pusat Perundangan Kehakiman dan Kebudayaan Islam di Malaysia. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 1,655,100 orang. Kuala Lumpur turut menawarkan destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Burung, Taman Rama-rama, Pasar Seni, Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana Negara, Kompleks Budaya Kraf, Taman Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara, Muzium Negara, Pusat Sains Negara, Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya, Zoo Negara, Taman Orkid, Planetarium Negara, Rumah Penghulu Abu Seman, Bangunan Sultan Abdul Samad, Balai Seni Lukis Negara dan Pusat Kraf.

 Labuan

labuan


Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua di Malaysia. Keluasannya ialah 91.64 km persegi dan mempunyai hanya satu kawasan Parlimen. Ia terletak sekitar 10 km dari Pantai Sabah dan mengambil masa dua setengah jam penerbangan dari Kuala Lumpur dan lima minit perjalanan bot dari Batu Papan. Pulau Labuan telah diisyiharkan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir (Offshore Financial Centre) dan Pelabuhan Bebas Cukai. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah 89,000 orang.

Labuan turut terkenal dengan pelabuhan yang besar dan dalam dan pesisiran pantai yang berpasir putih dengan air yang jernih sehingga membolehkan pengunjungnya melihat kehidupan karang laut. Menyelam `skuba' merupakan aktiviti pelancongan yang penting di sini. 

Putrajaya

masjid-putrajaya

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,932 hektar telah diisytiharkan secara rasminya sebagai Wilayah Persekutuan ke-3, selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pusat  Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipindahkan ke Putrajaya dari Kuala Lumpur bagi mengurangkan tumpuan kepadatan penduduk, kesesakan lalu-lintas dan jurang sosiopolitik dan sosioekonomi.

Ini adalah kerana kedudukan Putrajaya yang strategik iaitu terletak diantara 24 km ke selatan Kuala Lumpur dan 20 kilo meter di utara Lapanagan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang. Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai satu kawasan Parlimen.

Putrajaya menawarkan tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti Bangunan Seri Perdana, Perdana Putra, Masjid Putra, istana Melawati, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Dataran Putra, Tugu Milennium, Boulevard Putrajaya, Taman Botani, Taman Warisan Pertanian, Taman Wetland, Cruise Tasik Putrajaya dan Alamanda.

Taman Botani merupakan yang terbesar di Putrajaya iaitu meliputi 92 hektar. Taman ini menawarkan ketenangan semula jadi dengan 700 spesis tumbuhan tempatan dan dari 90 buah negara termasuk Afrika dan Asia Pasifik. Taman Wetland pula merangkumi kawasan seluas 162 hektar yang menempatkan Pusat Panghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, kawasan perkelahan, tapak semaian dan pelbagai spesis fauna dan flora.

Negeri-Negeri

Negeri-Negeri

Perlis 

tebu01

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan kira-kira 795 kilometer persegi. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Ibu Negeri Perlis ialah Kangar dan Arau merupakan Bandar Diraja.

Perlis mempunyai 3 Kawasan Parlimen dan 15 Kawasan Dewan Undangan Negeri. Bandar-bandar lain ialah Chuping, Jejawi, dan Simpang Empat. Perlis merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan tetapi beraja. Ketua pentadbiran Negeri Perlis dipanggil Menteri Besar. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 198,335 orang.

Negeri kecil ini mempunyai "Tujuh Pesona" tersendiri yang menggamit kunjungan. Pesona tersebut ialah : panorama (Ladang Tebu Chuping), Empangan Timah Tasoh); Taman Ular dan Reptilia Perlis; Harumanis; makanan Perlis (Laksa Kuala Perlis, makanan laut); tarikan sempadan) Padang Besar, pasar Ahad Wang Kelian); seni suara burung (tekukur dan merbok); dan pengembaraan hutan (Taman Negeri, Gua Wang Burma).

Kedah

300px-sawah_padi01

Kedah Darul Aman terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Thailand dan mempunyai keluasan kira-kira 9,425 km persegi. Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. kedah mempunyai 15 kawasan Parlimen, 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 12 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Yan, Pendang, Bandar Baharu dan Pokok Sena.

 

 Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 2,000,000 orang. Kedah menawarkan destinasi pelancongan yang menarik. Salah satu destinasi pelancongan yang patut dikunjungi di negeri ini ialah Pulau Langkawi. Pulau ini terkenal dengan destinasi percutian bebas cukai dan turut memiliki rangkaian pantai yang bersih dan indah. Gunung Jerai pula merupakan gunung yang tertinggi iaitu mencapai 1,217 meter.

Selain itu, Kedah turut menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Payar, Air Terjun Puncak Janing, Air Terjun Sedim, Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni Negeri, Batu Hampar, Lata Mengkuang, Lembah Bujang, Masjid Zahir, Muzium Negeri, Muzium Padi, Pantai Merdeka, Tasik Pedu, Pekan Rabu, Perangin Sik, Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Seri Perigi dan Makam Diraja.

Pulau Pinang 

laksa-penang

Pulau Pinang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai keluasan negeri kira-kira 1,056 kilometer persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah George Town. Pulau Pinang mempunyai 13 Kawasan Parlimen, 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 5 Daerah iaitu Barat Daya (Balik Pulau), Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibung Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) dan Seberang Perai Utara (Butterworth). Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan sebagainya. 

 Antara destinasi pelancongan yang menarik ialah Pulau Aman, Pulau Jerjak, Batu Feringhi, Taman Burung, Taman Botani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya, Taman Rama-rama, Cheong Fatt Tze Mansion, Padang Kota Pulau Pinang, Menara Jam, Kuil Burma Dharmikarama, Kota Cornwallis, Gurney Drive, Masjid Kapitan Kling, Kuil Kek Lok Si, Khoo Kongsi, Komtar, Kuil Kuan Yin, Jambatan Pulau Pinang, Muzium Pulau Pinang, Rumah P.Ramlee, Kuil Ular, Gereja St George's, Dusun Buah-buahan Tropika, Wat Chayamangkalaram, Hutan Rekreasi Teluk Bahang dan Bukit Bendera.


Perak

labu

Perak Darul Ridzuan mempunyai keluasan kira-kira 21,005 kilometer persegi (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.  Ibu Negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 Kawasan Parlimen, 59 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Kerian, Gerik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Larut dan Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di Negeri Perak. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 2,393,300 orang.

Perak menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Lumut, Pulai Pangkor, Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill), Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Stesen Keretapi Ipoh, Istana Kellies, Kuala Gula, Air Terjun Lata Iskandar,  Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak, Perak Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor dan Gula Tempurung. 


Selangor   

selangor

Selangor Darul Ehsan mempunyai keluasan kira-kira 7,930.20 kilometer persegi. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di Pantai Barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu Negeri Selangor ialah Shah Alam dan Klang sebagai Bandar Diraja.

Negeri Selangor mempunyai 22 Kawasan Parlimen, 56 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 5, 179,600 orang iaitu yang paling ramai di Malaysia.

Selangor menawarkan destinasi pelancongan seperti Taman Pertanian, Kelip-kelip Kampung Kuantan, Batu Caves, Pulau Carey, Galeri Shah Alam, Bangunan Bersejarah Jugra, Tugu Keris Kampung Kuantan, Kota Darul Ehsan, Mines Wonderland, Pantai Morib, Bagan Lalang, Zoo Negara, Pusat Orang Asli Gombak, Pulau Ketam, Tasik Shah Alam, Stadium Shah Alam, Hutan Rekreasi Sungai Congkak, Sungai Gabai, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Sunway Laggoon, Hutan Templer, Muzium Alam Shah, Muzium Orang Asli dan sebagainya.

Negeri Sembilan 

minang

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan gabungan 9 buah negeri yang kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6,657.09 kilometer persegi dan ia terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Seremban dan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja. Negeri Sembilan mempunyai 8 Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Bandar-bandar yang lain ialah Kuala Kelawang, Lukut, Titi, Tampin dan Gemas. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 1,013,900 orang.

Antara temapat pelancong yang menarik ialah Blue Lagoon, Cape Ra chado, Kompleks Kraf Negeri Sembilan, Lukut, Kempas, Kolam Air Panas Pedas, Port Dickson, Muzium Negeri, Bangunan Sekretariat Negeri, Istana Menanti, Taman Tasik Seremban dan Taman Rekreasi Ulu Bendul.

Melaka

melaka

 

Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1,652 kilometer persegi. Melaka mempunyai 6 Kawasan Parlimen, 28 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 3 Daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 769,300 orang.

 

Melaka menawaran destinasi pelancongan menarik seperti Pulau Besar, Pulau Upeh, Kota A Famosa, Taman Tema Air A Famosa, Air keroh, Bukit China, Kuil Cheng Hoon Teng, Gereja Christ, Gadek Hot Spring, Makam Hang Jebat, Perigi Hang Li Poh, makam Hang Tuah, Jonker Street, Masjid Kampong Kling, Muzium Maritim, Istana Kesultanan Melaka, Tugu Portugis, Dataran Merdeka Air Keroh, Gereja St. Francis Xavier's, Gereja St Paul's, Kebudayaan Baba dan Nyonya, The Stadhuys, Seri Tanjong Homestay dan Masjid Tanah.

Johor 

wpi

Negeri Johor mempunyai keluasan 18,986.88 kilometer persegi. Ia terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan dipisahkan dengan Singapura di selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan bandar Diraja. Negeri Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang,

Mersing, Batu Pahat dan Muar. Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah bermakna hulu balang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 3,385,200 orang.

Johor menawarkan destinasi pelancongan menarik termasuklah pesisiran pantai yang luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau yang terkenal ialah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil. Tidak ketinggalan Taman Endau-Rompin juga Pulau Kukup.

Pahang 

 

pahang01

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 35,965 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Malaysia. Sebahagian besar daripada Negeri Pahang diseliputi hutan dan sebahagian besar taman negara terletak dalam Negeri Pahang. Sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang. Gunung Tahan, gunung yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu 2,190 meter. Ibu negeri dan pusat pentadbirannya terletak di Kuantan sementara Pekan adalah Bandar Diraja. Unjuran penduduknya adalah seramai 1,543,300 orang. Ibu negeri dan pusat pentadbirannya terletak di Kuantan dan Pekan adalah Bandar Diraja. Pahang mempunyai 14 kawasan Parlimen, 42 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 daerah iaitu Jerantut, Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Raub, Bentong, Rompin, Kuala Lipis, Maran, Pekan, Bera dan Kuantan.

Antara destinasi pelancongan yang terdapat di Pahang ialah Pantai Cherating, Teluk Chempedak,Pantyai Beserah, Cameron Highlads, Genting Highlands, Bukit Fraser Rimba Kenong dan Endau-Rompin.

Terengganu 

terengganu01

Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan meliputi 12,955 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala, di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kuala Terengganu. Terengganu terbahagi kepada 8 Kawasan Parlimen, 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Warna putih melambangkan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1.5 juta orang.

Kelantan 

kel01

Kelantan Darul Naim mempunyai keluasan meliputi 14,922 kilometer persegi yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kota Baharu. Kelantan mempunyai 14 Kawasan Parlimen, 45 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Sabah

mount-kinabalu01

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu . Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan Negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Sarawak

sarawak01

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan kira-kira 131,598 kilometer persegi dan terletak di Malaysia Timur di pulau Borneo. Ibu negerinya ialah Kuching. Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Bahagian meliputi 28 Daerah iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Iklim


Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Lazimnya, iklim tersebut dipengaruhi oleh dua Angin Monsun (Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21º C hingga 32º C.

tiger deer01 penyu-hijau

Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac). Hujan tahunannya adalah di antara 80 peratus setahun iaitu 2000mm hingga 2500mm.

Flora


Hutan Hujan Khatulistiwa (Tropika) di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.2 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36 juta hektar.

Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang (37.6 peratus), Kelantan (15 peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu (37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah meliputi 62.5 peratus dan Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.

Di samping itu, terdapat hutan bakau serta hutan dipterokrapa yang boleh dikelaskan berdasarkan ketinggian kawasan di atas aras laut seperti Hutan Pamah Dipterrokarpa (Hutan di kawasan tanah rendah dan di kaki bukit sehingga ketinggian 300 meter), Hutan Dipterokarpa Bukit (Hutan bukit antara ketinggian 300 meter – 762 meter), Hutan Dipterokarpa Atas (Hutan di antara ketinggian 762 meter – 1200 meter), Hutan Oak-Gunung (Hutan di antara paras ketinggian 1200 meter – 1500 meter) dan Hutan Ericaceous Gunung (Hutan melebihi 1500 meter).

marigold butterfly-05 ferns1

Fauna


Hutan hujan di Malaysia menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies binatang yang kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di dunia. Terdapat lebih 185,000 spesies binatang (16 peratus daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia, 200 spesies binatang liar dan lebih daripada 100,000 spesies serangga telah dapat direkodkan. Antara spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia termasuk orang utan, harimau, gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang.

Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah kawasan yang penting pendaratan penyu. Turtle Islands Marine Park di Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini.

Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungaisungai besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di sungai-sungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang. 

 

bunga-raya bunga-kertas rusa