Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Penularan Virus Influenza A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini akan merebak dengan cepat dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Cara Virus Influenza A(H1N1) Merebak.


1. Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).


2. Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

3. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
             a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
             b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
             c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat.
•  Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema.
• Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
• Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar,  salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
• Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.


5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.


6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal


7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian


8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Golongan Yang Berisiko Akibat Jangkitan Influenza A (H1N1)


• Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun


• Individu berusia 65 tahun dan ke atas


• Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang


• Wanita mengandung


• Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus  
• Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)


• Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

 

Tindakan-Tindakan Yang Perlu Diambil

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

• Mereka yang berisiko tinggi dan sedang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit dengan jangkitan virus influenza A(H1N1) jika sekiranya rawatan dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala. Rawatan tidak memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan adalah percuma. Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik. Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

• Pesakit-pesakit yang mengalami gejala ringan jangkitan influenza A (H1N1) yang telah dinasihatkan oleh doktor untuk duduk di rumah perlu mematuhi nasihat tersebut kerana amalan ini boleh mencegah perebakan virus influenza ini kepada orang lain. Jika terpaksa pergi ke tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti memakai topeng muka atau mask jenis ‘three ply’ yang didapati boleh mencegah penularan virus kepada orang lain.

• Pesakit-pesakit yang telah dinasihatkan untuk duduk di rumah semasa rawatan agar sentiasa memantau tahap kesihatan sendiri. Sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam yang berterusan, sakit dada, sesak nafas, atau `altered conciousness’ sila segera mendapatkan rawatan di hospital.

• Orang ramai yang mengetahui wujudnya kejadian kluster influenza-liked illness (ILI) di sekolah, institusi dan komuniti, sila maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan tindakan kawalan.

Untuk Maklumat Lanjut

Adalah dimaklumkan waktu operasi hotline adalah dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Bagi mereka yang memerlukan maklumat selepas waktu operasi, dapatkan daripada laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan  sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua

 

Sumber Maklumat:
1. 
http://h1n1.moh.gov.my/
2. Kementerian Kesihatan
3. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia