Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Makanan Seimbang Elakkan Anemia



Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

  • Sel darah merah.

Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.

  • Sel darah putih

Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.

  • Platlet dan plasma

Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.

Tanda-Tanda Anemia

Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas,  Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.

Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?

Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:

  • Badan kurang menghasilkan sel darah merah
  • Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Faktor Penyebab Anemia

a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:

  • Masalah kekurangan zat besi
  • Kehilangan darah
  • Keracunan logam.
  • Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
  • Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
  • Penyakit haemofilia

b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)

  • Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:

c) Talassemia


d) Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).

e) Auto imun hemolitik

f) Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi)

Masalah Sel Darah Merah:

  • Leukemia
  • HIV
  • Neutropenia

Cara Untuk Mengelak Anemia

Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

Kesimpulan

Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.

 Sumber Maklumat: Harian Metro, Utusan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.