Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Fakta Mengenai Pendermaan Organ

 

 

 

organ

Antara Organ yang boleh diderma

Organ tisu yang boleh didermakan
•    Jantung
•    Paru-paru
•    Hati
•    Buah Pinggang
•    Pankreas










Tisu
•    Injap Jantung
•    Mata
•    Tulang
•    Kulit
•    Usus
•    Pembuluh darah
•    Muka








Jenis Penderma/Penderma Hidup
•    Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati dan sum-sum tulang saja.
•    Terhad kepada  mereka yang mempunyai  pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri saja.










Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu:
•    Pendermaan ada pertalian saudara
•    Pendermaan tiada talian saudara
Pendermaan kadaverik:
•    Penderma Kadaverik ialah penderma yang sudah meninggal dunia.












Pendermaan jenis ini amat digalakkan dan diutamakan:
•    Ia tidak memberikan risiko kepada penderma









Penderma kadaverik terbahagi kepada dua kategori:
•    Kematian otak penderma adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti kehidupan seperti pernafasan dan degupan jantung mati.
•    Ini boleh berlaku akibat kecederaan otak yang menyebabkan otak membengkak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan seumpamanya.
•    Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan otak organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata a(kornea), tulang dan kulit.
•    Kematian normal di mana seseorang itu disahkan mati kerana jantung berhenti berdegup dan penderma ini hanya boleh mendermakan tisu sahaja.
•    Hanya mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Bagi mereka yang meninggal di rumah, mereka hnaya boleh mendermakan mata (kornea).  Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu berkenaan di rumah.













Sumber: Pusat Sumber Transplan Nasional