Jumaat 16 November 2018
A- A A+

Melaka Maju 2010

melaka_maju_2

Melaka Maju 2010 diisytiharkan pada 20.10.2010 (20 Oktober 2010), jam 20.10 malam (8.10)

di stadium Hang Jebat

Pengisytiharan Melaka negeri maju dibuat selepas Melaka telah memenuhi 32 indikator mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengerusi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris.  Pengisytiharan oleh Perdana Menteri itu sekali gus membuktikan kredibiliti Melaka sebagai sebuah negeri maju bertambah kukuh.



Kerajaan Melaka memilih tarikh dan masa unik bagi perisytiharan Melaka Maju 2010 iaitu pada 20.10.2010 (20 Oktober 2010), jam 20.10 malam (8.10) di stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai negeri Bandar Teknologi Hijau.


OECD telah mencadangkan 32 petunjuk/indikator yang sesuai diguna pakai untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negeri/Negara. Petunjuk ini merangkumi aspek ekonomi & infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar.
Melaka telah memenuhi syarat indikator ini dengan mempelbagaikan projek pembangunan fisikal, ekonomi, insaniah dan rohaniah dengan teratur, terancang, sistematik dan seimbang meliputi semua kaum di dan bandar dan luar bandar. Melaka juga adalah salah satu negeri  yang mencatatkan kadar pengangguran, kemiskinan dan kadar jenayah yang terendah di seluruh OECD.


Melaka telah menetapkan dua strategi untuk mengekalkan Melaka Negara Maju iaitu Strategi makro dan Strategi mikro. Strategi makro adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu. Melaka juga berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD.


Strategi mikro pula  menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh peruntukan untuk membina baru/membaiki rumah rakyat, membantu fakir miskin melalui MAIM, membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir  dan memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan. Kadar kemiskinan telah mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD.


Kerajaan Negeri Melaka telah menetapkan wawasan baru untuk tempoh 10 tahun akan datang iaitu menjadikan melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau. Langkah pertama telah pun diambil menerusi penubuhan lembah solar dunia melaka di taman perindustrian Rembia, Alor Gajah.



Dengan perisytiharan Melaka Maju 2010 dapat Memajukan Industri Pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi (GDP) dan penjanaan peluang pekerjaan Negeri Melaka dan menarik lebih ramai pelancong agar berkunjung ke Melaka menjelang 2010.

 



melacca2

aom2

sgmelaka2

Daya tarikan pelancong di Negeri Melaka

 

 

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking