Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Apa itu Amphetamine-Type- Stimulants (ATS)

jenis-jenis-dadah2

Jenis-jenis dadah

Amphetamine-Type- Stimulants atau ATS adalah gelaran yang diberi kepada sekumpulan dadah jenis perangsang atau stimulants seperti methamphetamine, Methcathinone dan Ecstasy. Dadah yang paling popular ialah Ecstasy dan syabu di mana ia merupakan ATS yang paling banyak disalahgunakan.

Dadah-dadah ini boleh didapati dalam bentuk pil untuk ditelan,  serbuk untuk diambil secara hidu serta larutan untuk diambil secara suntikan. Ia menjadi lebih berbahaya kepada manusia kerana diadun daripada pelbagai bahan kimia termasuklah yang digunakan dalam racun tikus, cecair peluntur, malahan ada yang dicampurkan dengan kaca lampu florescent.


Amphetamine ialah analog sintetik ephedrine digunakan sebagai pengekang selera makan.

Ephidrine telah diasingkan secara proses kimia pada tahun 1897 dari tumbuh-tumbuhan yang digolongkan di bawah genus ephedra. Memandang ephedrine diperlukan untuk menghasilkan amphetamine, maka ia digolongkan sebagai bahan kimia terkawal di negara ini. Methamphetamine ialah sejenis sebatian yang berkait secara kimia dengan amphetamine, disentesis sama ada dengan menurunkan ephedrine atau proses kondensasi phenylacetone dan methylamine.

 



Sumber: Agensi Dadah Kebangsaan