Isnin 17 December 2018
A- A A+

Biasiswa JPA Hanya Bagi Bidang Kritikal

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia hanya bagi bidang yang kritikal sahaja. Mereka tidak dibenarkan sama sekali mengambil kursus yang diminati dan menganggap mereka berhak memperoleh biasiswa JPA.


Penawaran itu difokuskan kepada bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi, termasuk sains sosoal yang diperlukan oleh perkhidmatan awam di negara ini.


Mengikut rekod JPA menerima 16,900 permohonan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan 8,857 daripada jumlah itu melepasi syarat serta gred minimum mengikut bidang pengajian. Kerajaan memperuntukkan 1,500 biasiswa PILN dan 2,500 biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN), tetapi hanya 300 pelajar saja yang  menerima biasiswa PILN berdasarkan kepada kriteria ditetapkan.

Antara faktor yang dilihat dalam penawaran biasiswa adalah melalui pencapaian akademik, pembabitan dalam kokurikulum, sosioekonomi dan latar belakang keluarga serta prestasi ketika menghadiri temu duga. Bagi mereka yang tidak memenuhi kriteria  masih diberi tempat untuk belajar di universiti tempatan.

Baki biasiswa pula diberi kepada mereka yang layak bagi PIDN mengikut populasi kaum iaitu 60 peratus (900 biasiswa), setiap lima peratus bagi Sabah dan Sarawak (150 biasiswa) serta 10 peratus bagi golongan kurang berada (150 biasiswa).

FAKTA:
•  Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima oleh JPA bagi PILN: 16,900
•  Jumlah biasiswa PILN yang ditawarkan: 1,500
•  Jumlah pelajar yang layak menerima biasiswa PILN: 300
•  Jumlah biasiswa PIDN dan PILN: 4,000 biasiswa
•  Kriteria yang digunakan bagi pemilihan dan penawaran biasiswa PILN:
- Pencapaian akademik
- Pembabitan dalam kokurikulum
- Sosioekonomi dan latar belakang keluarga
- Prestasi ketika temu duga.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini dimasukkan pada 26 Mei 2011

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking