Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Akademi pilihan raya

1.0 Latar Belakang  

1.1 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah ditubuhkan pada 4 September 1957. Sehingga kini, SPR telah mengendalikan sebanyak sebelas (11) pilihan raya umum bermula dengan pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1959 dan yang terbaru iaitu pilihan raya umum yang kesebelas pada tahun 2004.


1.2 Setiap kali pilihan raya diadakan sama ada pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil, SPR memerlukan khidmat beribu-ribu orang petugas pilihan raya. Amat penting bagi petugas-petugas pilihan raya berkenaan diberi latihan yang khusus untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan yang cukup berhubung dengan undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur tentang urusan pilihan raya. Melalui proses latihan ini, SPR berharap petugas-petugas pilihan raya berkenaan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih cekap dan berkesan serta bersikap jujur dan berkecuali.

1.3 Sebelum ini, setiap kali SPR menghadapi pilihan raya umum, program-program kepada petugas-petugas pilihan raya telah dijalankan secara ad-hoc tanpa suatu jadual tahunan yang sistematik. Ini kerana SPR tidak mempunyai kemudahan tempat dan bangunan bagi mengadakan latihan secara berkala dan berkesan. Justeru itu, kerajaan pada 20 Julai 2005 telah bersetuju dengan cadangan SPR untuk menubuhkan Akademi Pilihan Raya (APR). Dengan adanya Akademi ini, modul dan program latihan yang lebih sistematik secara berterusan akan dilaksanakan bagi melatih petugas-petugas pilihan raya mengenai undang-undang, peraturan-peraturan serta prosedur-prosedur tentang pengurusan pilihan raya.

2.0 Objektif
  
2.1 Mengendalikan latihan secara berterusan kepada petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai penguat kuasa dan pegawai-pegawai SPR bagi :


2.1.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi pendedahan mengenai undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur berkaitan dengan pengurusan dan penjalanan pilhan raya;

2.1.2 Menwujudkan keseragaman dalam pengertian, pemahaman, persepsi dan penghayatan mengenai semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan pilihan raya;

2.1.3 Memantapkan pengetahuan mengenai pengurusan pilihan raya supaya pegawai-pegawai SPR dapat menjalankan tugas dengan yakin dan secara profesional; dan

2.1.4 Membina sikap bertanggungjawab dan berkecuali dalam menjalankan pilihan raya.

2.2 Melatih bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman wakil-wakil calon, petugas-petugas parti politik, wakil-wakil badan-badan bukan Kerajaan (NGO’s) dan media massa mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, dan prosedur pilihan raya agar apa jua tindakan yang mereka akan lakukan yang berkaitan denga pilihan raya adalah selaras dengan kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur pilihan raya yang telah ditetapkan.

2.3 Memupuk perhubungan yang rapat di antara SPR dengan pelanggan-pelanggannya seperti parti-parti politik, NGO’s, media massa dan agensi atau orang perseorangan melalui forum–forum perbincangan berhubung dengan urusan pilihan raya.

2.4 Menjadikan SPR sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang dapat meningkatkan lagi imej SPR di dalam dan luar negara sebagai sebuah badan yang menjalankan pengurusan pilihan raya yang berkualiti, telus, adil dan berkecuali.

3.0 Fungsi
 
3.1 Sebagai pusat untuk melatih pegawai-pegawai dan petugas-petugas pilihan raya serta pegawai dan kakitangan SPR dalam bidang pengurusan dan penjalanan pilihan raya.
3.2 Sebagai pusat untuk melatih pegawai-pegawai penguat kuasa pilihan raya dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota PDRM tentang peranan mereka semasa tempoh berkempen pilihan raya dan urusan keselamatan semasa pilihan raya.

3.3 Sebagai pusat taklimat mengenai SPR dan pengurusan pilihan raya kepada NGO’s, para pelajar dan organisasi yang lain sama ada dari dalam atau luar negara.

3.4 Sebagai pusat untuk melatih pegawai dan kakitangan dari institusi atau badan-badan pengurusan pilihan raya luar negara yang menjalin hubungan rasmi dengan SPR, sekiranya diminta.

3.5 Sebagai pusat sumber dan rujukan bagi program pendidikan dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian sivik dan pentadbiran awam.


4.0 Kumpulan Sasar 
  
4.1 Petugas-petugas pilihan raya yang terdiri daripada:
4.1.1 Pegawai Pengurus (PP);
4.1.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP);
4.1.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR);
4.1.4 Ketua Tempat Mengundi/Mengira Undi (KTM);
4.1.5 Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos;
4.1.6 Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP); dan
4.1.7 Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).

4.2 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

4.3 Pegawai dan Anggota PDRM yang terlibat dengan kawalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dan juga pengurusan undi pos.

4.4 Pegawai dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dengan pengurusan undi pos.

4.5 Pegawai-pegawai dari Wisma Putra yang terlibat dengan pengurusan undi pos.

4.6 Petugas-petugas parti politik dan wakil-wakil calon.

4.7 NGO ‘s dan media massa.

4.8 Pelajar-pelajar sekolah, IPTA/IPTS dan masyarakat umum.

4.9 Pegawai dan kakitangan SPR.

4.10 Pegawai-pegawai dari badan-badan pengurusan pilihan raya luar negara dan menjalin hubungan rasmi dengan SPR.

5.0 Kursus dan Taklimat 
5.1 Kursus Kepada Petugas Pilihan Raya

5.1.1 Kursus Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus
5.1.2 Kursus Ketua Tempat Mengundi/Mengira Undi
5.1.3 Kursus Kerani Pengundian/Mengira Undi
5.1.4 Kursus Kerani Penyemak Daftar Pemilih
5.1.5 Kursus Pemandu Arah Pusat Mengundi
5.1.6 Kursus Pengurusan Undi Pos kepada PPP Undi Pos
5.1.7 Kursus Pengurusan Undi Pos kepada Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos
5.2 TAKLIMAT MENGENAI PENDIDIKAN PENGUNDI DALAM KONTEKS PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

5.2.1 Peranan Parti Politik dalam Urusan Pendaftaran dan Pembersihan Daftar Pemilih.
5.2.2 Peranan Ejen Mengundi dan Ejen Mengira Undi.
5.2.3 Ketelusan Sistem Pengundian Biasa dan Sistem Pengundian Pos.
5.2.4 Ketelusan Sistem Mengira Undi Pilihan Raya.
5.2.5 Peranan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
5.2.6 Peranan Ejen Pilihan Raya.
5.2.7 Perkara-Perkara Yang Perlu Dipatuhi Oleh Seseorang Calon atau Ejen Pilihan Raya Sebelum, Semasa dan Selepas Pilihan Raya.

5.3 Taklimat Mengenai Kesedaran Pilihan Raya Dalm Konteks Demokrasi Di Malaysia

5.3.1 Pengenalan Kepada Sistem Demokrasi Dalam Konteks Pilihan Raya Meliputi Aspek Hak Asasi, Nilai dan Tanggungjawab.
5.3.2 Pengenalan Kepada Amalan Demokrasi Dalam Konteks Pilihan Raya Di Malaysia.
5.3.3 Pengenalan Kepada Organisasi, Peranan, Tanggungjawab SPR.
5.3.4 Pengenalan Kepada Sistem Pilihan Raya Berasaskan Kaedah ‘First Past The Post’.

6.0 Tenaga Pengajar 

6.1 Tenaga pengajar untuk kursus, seminar dan bengkel kerja yang dikendalikan oleh APR adalah seperti yang berikut:
6.1.1 Ahli-ahli Panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia

6.1.2 Pegawai-pegawai kanan SPR;

6.1.3 Bekas-bekas pegawai kanan SPR yang telah bersara dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan pilihan raya; dan

6.1.4 Penceramah-penceramah jemputan.

7.0 Tempat Latihan



7.1 Dalam jangka masa pendek, APR akan menyewa premis-premis awam dan swasta yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat kursus, taklimat atau bengkel kerja yang berkaitan dengan pengurusan pilihan raya.


7.2 Walaubagaimanapun, dalam jangka masa panjang, APR perlu mempunyai premisnya yang sendiri untuk mengendalikan kursus, taklimat dan bengkel kerja berkenaan.

 

Sumber Maklumat: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Posted by: 14 Nov 2008