Jumaat 22 February 2019
A- A A+

Sejarah UMNO

Parti Melayu Bersatu (UMNO)

umno

 

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu


Dato' Onn Jaafar

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

 


Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO


Tun Hj. Abdul Razak
Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat

Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru

Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai 'team B'. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam 'Team A'.


Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan

Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru 'Semangat 46'dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B). Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.

Sumber: freewebs.com

 

UMNO JUARA RAKYAT

 

juara11

 

2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang akan memulakan tahun baru dengan pelancaran program ‘UMNO Juara Rakyat’. Program ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Haji Abd. Razak.

Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Menerusi program ini juga akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.

Program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi hakikatnya selama ini UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan.

Sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi adalah merupakan perjuangan UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN.

Melalui Program UMNO Juara Rakyat, turut disediakan aktiviti seperti Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia.

Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara juga akan melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam setiap bulan.

Sumber Maklumat: umno_online.com

Mendahulukan Rakyat Model Transformasi UMNO


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema ‘Mendahulukan Rakyat’ sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.


Tujuh Elemen penting tersebut ialah:
• Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
• Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
• Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya   parti dilihat inklusif.
• Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
• Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
• UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan
• Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.


Pesanan Presiden UMNO untuk pertahan kuasa orang Melayu:

1- Utamakan maruah dan kepentingan parti daripada kepentingan diri

2- Tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat

3- Mahir teknologi maklumat dengan menguasai media baru

4- Tumpu empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya akan datang

6- UMNO mesti menuju sifar masalah

7- Dahulukan rakyat dalam sebarang tindakan


Perdana Menteri turut mengingatkan orang Melayu jangan terkeliru dengan dakyah pembangkang kononnya orang lain juga boleh mempertahankan Perlembagaan, walaupun UMNO dan Melayu kehilangan kuasa politik.

Sepintas Lalu Sempena Persidangan Agung UMNO 2010


Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  telah menekan dan memberi perhatian pada kedudukan orang-orang Melayu masa kini . Antara saranan dan kupasannya  terhadap orang-orang Melayu  adalah seperti berikut:

  • Melayu abad ke-21 wajib mempersiapkan diri memanfaatkan segala hak dan peluang yang ada.
  • Tidak mempersiakan kuota, rizab dan permit  yang diperuntukkan. Peluang yang ada sekiranya digadai adalah  dalam keuntungan jangka pendek.
  • Orang Melayu pada masa ini harus bersifat glokal, mampu bersaing dengan yang terbaik, mampu bertarung dengan yang paling kuat dan mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.
  • Anak Melayu jangan menjadikan alasan masih lagi lemah kerana dari kesan penjajahan yang hampir lima kurun.
  • Bangsa Melayu jangan menjadi bangsa yang meminta-minta.
  • Tidak  menjadi bangsa berpuas hati dengan momokan rezeki secupak kerana ia takkan jadi segantang.
  • Pertarungan hari ini  adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran.
  • Mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding .
  • Tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut di tepi gantang.
  • Bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri



Fasa-fasa Pemulihan

Demi membina masa depan dan mendaya bangsa Melayu ahli Umno harus melalui beberapa fasa pemulihan.



·          Fasa pertama dan terpenting memperakui kelemahan dan masalah yang hadapi.

·          Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar mustajab memperbaiki kekurangan.

·          Fasa ketiga memulakan gerak kerja.



Peranan UMNO Merubah Orang Melayu


Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:

* Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
* Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
* Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
* Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.

PERGERAKAN WANITA UMNO


Berikut senarai lengkap pemegang jawatan utama tiga pergerakan Umno bersama jumlah undi yang diperolehi masing-masing.



Pengerusi tetap
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

Timbalan pengerusi tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi) 

Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)

Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli Jawatankuasa
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)

11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)

PERGERAKAN PEMUDA UMNO


Pengerusi Tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan Pengerusi Tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib Ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli Jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin (569 undi)
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohd Gasing Saling (534 undi) **
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)

11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi (419 undi)
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)

PERGERAKAN PUTERI UMNO


Pengerusi Tetap
Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan Pengerusi Tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

Naib Ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli Jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)

11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)

 

 

Pautan ke laman web rasmi UMNO diskette

 

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking