Jumaat 19 April 2019
A- A A+

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011



Pilihan raya negeri Sarawak yang ke sepuluh telah diadakan pada 16 April 2011 sebagai hari pengundian dan 6 April 2011 sebagai hari penamaan calon.  Dalam pilihan raya Negeri kali ini memperlihatkan BN masih dapat untuk mengekalkan majority lebih 2/3 bagi membentuk kerajaan negeri apabila BN berjaya  menang 55 kerusi  daripada 71 buah kerusi DUN yang  dipertandingkan dan sebahagian besar undi diperoleh daripada  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Ketua Menteri  Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan dapat kemenangan di kesemua kerusi yang  di tandingi di kawasan Melayu Iban dan Melanau. Sebuah lagi parti komponen BN negeri, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang menang lapan daripada sembilan kerusi yang ditandinginya. Pilihan raya negeri Sarawak kali ini menunjukkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kalah teruk dengan hanya mendapat 6 buah kerusi sahaja.  Presiden SUPP yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam tewas kepada calon muda dari DAP di DUN Piasau iaitu Ling Sie Kiong dengan majoriti 1590 undi.

Manakala DAP pula menang besar apabila berjaya menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina, DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendapat  berjaya di tiga DUN iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’kelalan. DAP nampaknya berjaya menambat hati para pengundi Cina dan Iban di Padungan, Pending, Kota santosa, Batu kawah, Repok, Meradung, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujut

Jadual 1: Keputusan Pilihan raya Negeri Sarawak tahun 2006 dan 2011







Parti

Bil. Kerusi dimenangi pada tahun 2006

Bil. Kerusi dimenangi pada tahun 2011
PBB 35 35
SUPP 11 6
SPDP 9 6
PRS 8 8

Barisan Nasional

63 55
DAP 6 12
PKR 1 3
PCM 1 0
PAS 0 0
Pakatan Rakyat 8 15
Bebas 0 1
Jumlah 71 71

DAP memenangi semua kerusi di kawasan bandar kerana penduduk cina di kawasan tersebut dilihat mahukan perubahan dan kepimpinan yang diterajui oleh muka-muka baru. Sementara itu, BN pula dilihat masih dapat mengekalkan penguasaan mereka di kawasan-kawasan kampung. Pertambahan  bilangan kerusi yang dimenangi oleh pihak pembangkang ini  perlu di ambil perhatian oleh Barisan Nasional.  Hal ini kerana kawasan pedalaman yang dijadikan kubu kuat BN tidak mungkin dapat untuk bertahan lama sekiranya pihak pembangkang dapat untuk memenangi hati dan pemikiran mereka dalam pilihan raya Umum yang akan datang.  Pertambahan bilangan kerusi daripada hanya 6 kerusi bagi DAP dalam pilihan raya Negeri tahun 2006 telah meningkat sekali ganda iaitu menjadi 12 buah kerusi pada pilihan raya Negeri 2011.  Keadaan ini kerana sungguhpun BN telah banyak melakukan pelbagai kemajuan, namun pengundi-pengundi cina dikawasan bandar masih tetap menolak BN dan ini perlu untuk di analisis apakah yang di inginkan oleh pengundi cina di kawasan tersebut dan mengapa mereka masih menolak BN walaupun pelbagai kemajuan  telah di curahkan oleh BN ke kawasan mereka.

Begitu juga dengan pencapaian PKR yang hanya memenangi sebuah kerusi pada pilihan raya negeri 2006 telah meningkat kepada 3 kerusi pada pilihan raya kali ini.  Sebagai sebuah parti baru dalam politik Malaysia, PKR ini dilihat masih dapat untuk mendapat kemenangan tiga buah kerusi  kerana kekuatan antara pakatan yang berlaku antara pihak pembangkang  dilihat perlu untuk di kenalpasti kekuatanya oleh pihak BN bagaimana untuk mengekang kemaraan parti DAP dan PKR ini supaya BN terus dapat kekal menjadi parti pemerintah. Selain daripada tiga kerusi yang berjaya diperoleh oleh PKR, terdapat juga kerusi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang tipis iaitu di DUN Senadin yang mana BN hanya menang dengan majoriti sebanyak 58 undi sahaja.  Keadaan ini menunjukkan jika pola pengundian pengundi Sarawak masih berpihak kepada pembangkang, kemungkinan dalam pilihan raya akan datang akan lebih banyak kerusi yang bakal mereka perolehi.

Satu lagi parti yang berada dalam pakatan pembangkang yang telah lama bertapak di semenanjung adalah PAS.  PAS dilihat masih gagal untuk mendapat kemenangan sebarang kerusi dalam pilihan raya Negeri Sarawak  pada tahun 2006 dan pada kali ini.  Hal ini berkemungkinan ideologi PAS yang telah di ketahui sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam ini kurang mendapat sambutan bagi pegundi di Sarawak.


Rumusan yang dapat dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini jelas menunjukkan keseluruhanya BN masih dapat untuk mengekalkan kemenangan dengan  majoriti 2/3.  Tetapi perlu diambil perhatian mengenai pertambahan bilangan kemenangan kerusi bagi Pakatan pembangkang khasnya DAP dan PKR yang dilihat dapat memenangi undi di kawasan bandar yang majority penduduknya adalah kaum cina yang secara berterusan masih  menolak BN.

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking