Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

PERAYAAN DAN FESTIVAL

Kemajmukan rakyat menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni. Penduduk yang berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi mengadakan rumah terbuka telah memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain bagi memeriahkan perayaan tersebut.

Perayaan Masyarakat Islam

Bagi umat Islam, dua perayaan utama diraikan iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (Aidiladha). Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa selama sebulan. Hari Raya Haji pula disambut pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Bersempena dengan perayaan ini, umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk melakukan ibadah korban dan disebabkan itu juga perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Selain daripada dua perayaan utama itu, umat Islam turut menyambut Maal Hijrah (Awal Muharam) yang merupakan sambutan tahun baru Islam; Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW; dan Nuzul Quran bagi memperingati hari turunnya al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Perayaan Masyarakat Cina

Masyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama dalam kalendar Cina iaitu pada Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari “Chap Goh Meh” yang dirayakan pada malam ke-15. Pemberian bungkusan ‘angpow’ merupakan tradisi yang memeriahkan suasana Tahun Baru Cina khususnya bagi golongan kanak-kanak. Bagi masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam hidup Buddha iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan juga hari kematiannya. Dalam perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan biasanya diadakan. Selain itu, terdapat juga sambutan perayaan lain seperti perayaan Kuih Bulan/Tanglung, Bulan Hantu, dan Qing Ming.

Perayaan Masyarakat India

Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau Perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar Tamil (Oktober-November) merupakan masa untuk bergembira. Perayaan ini menandakan kemenangan; kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara bersembahyang dan diikuti dengan kunjungan sanak-saudara dan sahabat handai. Pada waktu malam, rumah akan dihiasi dengan pelita bagi memeriahkan suasana perayaan. Penganut agama Hindu juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Muruga. Dalam perayaan tersebut, Batu Caves yang terletak di Selangor akan menjadi tumpuan penganut Hindu untuk membawa persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. Selain itu, mereka turut menyambut Perayaan Ponggal, Tahun Baru Hindu, Navarathiri dan Kharthigai.

Perayaan-perayaan Lain

Pada 25 Disember setiap tahun, orang-orang Kristian akan merayakan Hari Krismas yang menandakan kelahiran Jesus dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi sanak-saudara dan rakan taulan. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi etnik-etnik yang terdapat di sana. Di Sabah, pada bulan Mei setiap tahun, orang Kadazan menyambut Pesta Menuai (Tadau Kaamatan) yang merupakan satu acara penting untuk golongan petani mereka. Tamu Besar atau Pasar Tahunan merupakan satu pesta yang menganjurkan acara-acara sukan tradisional. Bagi orang Dayak, Iban dan Bidayuh di Sarawak, tarikh 1 Jun amat dinantikan kerana pada hari berkenaan mereka akan menyambut Hari Gawai. Bagi orang Dayak, mereka mempunyai perayaan khusus yang terdiri daripada Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi buruk), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai), Gawai Antu (perayaan untuk roh-roh orang yang sudah mati) dan yang paling penting ialah Gawai Kenyalang. Selain perayaan-perayaan kaum, rakyat Malaysia juga merayakan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Sabtu minggu pertama bulan Jun, Hari Keputeraan Raja/Sultan di peringkat negeri dan Good Friday bagi negeri-negeri yang berkenaan sahaja.

Sumber: Malaysia 2013/2014

800x600

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE