Jumaat 21 September 2018
A- A A+

DEMOGRAFI PENDUDUK MALAYSIA TAHUN 2016

Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga penduduk peribumi di Semenanjung Malaysia yang merupakan Orang Asli dan secara umumnya terbahagi kepada tiga kaum terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Negeri Sabah mempunyai kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai dialek dan budaya terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik komuniti majoritinya ialah etnik Kadazandusun. Kumpulan lain termasuk Rungus, Bajau, Bajau Laut, Murut, Lundayeh, Orang Sungai dan Iranun. Manakala penduduk Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik dan etnik Iban adalah etnik majoriti selain Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu.

 

Pada 2016, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 31.7 juta orang merangkumi komposisi jantina seramai 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 orang perempuan iaitu peningkatan sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada 2015 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.5 peratus bagi tempoh yang sama. Etnik Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 68.6 peratus, diikuti oleh etnik Cina sebanyak 23.4 peratus, India sebanyak 7.0 peratus dan lain-lain adalah sebanyak 1.0 peratus. Taburan penduduk mengikut umur pada 2016 tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015. Penduduk dalam kumpulan umur 0 hingga 14 tahun berkurangan 0.4 peratus pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%). Penduduk dalam kumpulan umur bekerja, 15 hingga 64 tahun meningkat 0.2 peratus pada 2016 berbanding 2015 manakala penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 peratus bagi tempoh yang sama.

 

Sumber:  Buku Rasmi Tahunan : Malaysia 2017
14 Februari 2018

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking