Jumaat 21 September 2018
A- A A+

DEMOGRAFI PENDUDUK MALAYSIA TAHUN 2017

 

Pada 2017, penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.0 juta orang, meningkat sebanyak 1.3 peratus  dengan 28.7 juta warganegara dan 3.3 juta bukan warganegara. Berbanding tahun 2016, kadar pertumbuhan punduduk warganegara dan bukan negara pada 2017 menurun masing-masing kepada 1.1 peratus dan 2.9 peratus.

Pada 2017, penduduk lelaki masih melebihi perempuan dan nisbah adalah 107 lelaki bagi setiap 100 orang perempuan. Nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara juga masih kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh yang sama.

Etnik Bumiputera mancatatkan peningkatan sebanyak 0.2 mata peratus berbanding 2016 iaitu 68.8 peratus daripada jumlah penduduk warganegara. Etnik Cina mencatatkan penurunan 0.2 mata peratus kepada 23.2 peratus, manakala etnik India dan lain-lain kekal masing-masing pada 7.0 peratus dan 1.0 peratus berbanding 2016.

Pada 2017, peratusan penduduk berumur 0-14 tahun menurun kepada 24.1 peratus berbanding 24.5 peratus pada 2016. Peratusan pendudk berumur 15-64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus pada 2017. Penduduk berumur 65 tahun dan keatas  juga meningkat 0.2 mata kepada 6.2 peratus pada tahun 2017 ini. Peningkatan penduduk dalam kumpulan umur ini memberi kesan secara langsung kepada peingkatan umur penengah@median pada 2017 iaitu kepada 28.3 tahun berbanding pada 2016 iaitu 28.1 tahun.

 

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking