Sabtu 20 October 2018
A- A A+
  • Utama
  • PUISI
  • Sajak
  • Cerita Laut, Ombak dan Pasir Pantai

Cerita Laut, Ombak dan Pasir Pantai

CERITA LAUT, OMBAK DAN PASIR PANTAI

 

Cerita laut
Cerita ombak
Cerita pasir pantai

 

Laut itu sifatnya sukar diramal
Kadang tenang
Kadang bergelora
Kadang terlihat biru
Kadang ternampak hijau
Luasnya seakan tak bertepi
Dalamnya tak terduga dek akal

 

Ombak itu seakan merajuk
Berlari-lari membawa diri
Menghempas2 tiada henti
Seolah sentiasa ingin diperhati

 

Pasir pantai itu seperti hati
Berubah mengikut waktu
Namun tetap setia menanti
Tanpa jemu tanpa henti

 

Antara laut, ombak dan pasir pantai?
Siapa kita?

 

Oleh : AISHAH OMAR

Tarikh : 8 Mac 2018

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking