Selasa 19 March 2019
A- A A+

KANSER: RISIKO DAN RAWATAN

activeLifestyle

Jalani gaya hidup sihat untuk kesihatan optimum

 

Kanser adalah sejenis penyakit yang menyebabkan pertumbuhan sel secara tidak normal dan tidak terkawal. Ia berpotensi untuk merosakkan organ yang terlibat dan merebak ke organ lain.

Penyakit ini menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Namun usah khuatir kerana kita masih boleh cuba mencegahnya sebelum terkena atau sebelum ia menjadi semakin parah.

Pertama ialah dengan mengubah tabiat hidup kita. Kajian di Northwestern University Feinberg School of Medicine mengesyorkan 7 langkah pencegahan kanser termasuklah bersenam dan bergiat aktif secara fizikal. Selain itu, amalkan pengambilan pemakanan yang seimbang dan sihat, mengawal kadar kolestrol/penyakit darah tinggi/kandungan gula dalam darah dan tinggalkan tabiat merokok.

Kedua ialah diet. Makanan yang disyorkan bagi mengurangkan risiko kanser ialah makanan yang kaya serat(sayur-sayuran dan buah-buahan), gandum, ikan serta kurangkan pengambilan daging merah yang telah diproses.

Selain itu, beberapa jenis vaksin turut digunakan untuk mencegah kanser. Contohnya vaksin Human Papilomavirus (HPV) bagi mencegah kanser pangkal rahim dan vaksin Hepatitis B digunakan bagi mencegah kanser hati.

Akhir sekali ialah saringan awal di mana pemeriksaan awal dilakukan bagi mengesan kehadiran sel kanser meskipun belum berlaku tanda atau sindrom. Antara contoh prosedur yang digunakan ialah pemeriksaan mammogram bagi mengesan kanser payudara dan pap smear bagi kanser pangkal Rahim. Ujian darah (tumour markers) juga boleh dilakukan untuk mengesan beberapa jenis kanser seperti kanser prostat, usus, pancreas dan payudara.

Mammogram

colposcopy

 Lakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kehadiran kanser

 

Sumber: Majalah RAPI bil. 251

Artikel dimasukkan pada 23 Ogos 2015

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking