Selasa 19 March 2019
A- A A+

EKZEMA BOLEH DIRAWAT

Ekzema ‘dicetuskan’ oleh faktor persekitaran atau tabiat tertentu yang boleh membuatkan gatal atau ruam menjadi semakin teruk. Bila kulit menjadi amat kering, ia akan menjadi antara faktor utama kegatalan melampau seterusnya mencetuskan pelepasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan dan merengsa kulit.

eczema

Ramai mengharapkan ‘krim ajaib’ untuk menangani masalah ekzema. Namun, ia merupakan harapan yang mustahil kerana penyakit tersebut hanya boleh dirawat melalui pengurusan yang baik.

Ruam ekzema merupakan penyakit yang ‘datang dan pergi’. Terdapat 3 zon bagi menunjukkan tahap keseriusan ekzema iaitu pada tahap zon hijau, kulit kelihatan sihat dan hanya terdapat kerengsaan ringan. Zon kuning pula apabila kulit menunjukkan perubahan lebih ketara. Namun, pada zon merah pula, ia menunjukkan gejala ekzema semakin meluas dan keradangan atau jangkitan kulit semakin teruk, yang mana anda perlu segera berjumpa doktor untuk pengambilan antibiotik dan steroid.

eczema-atopic-dermatitis-s15-photo-of-cream-on-skin

Rawatan / Pecegahan
• Gunakan pelembap selepas mandi.
• Elakkan terdedah pada panas atau peluh berlebihan.
• Terus mandi terutamanya selepas aktiviti sukan.
• Elakkan mengambil makanan yang boleh mencetuskan lagi penyakit ekzema menerusi pemerhatian berdasarkan pengalaman lepas atau
• Guna ubat jenis sapu untuk merawat inflamasi akibat kemerahan dan kegatalan


Sumber : Berita Harian (14 Mei 2015)

Artikel dimasukkan pada 24 Ogos 2015

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking