Selasa 19 March 2019
A- A A+

DEMAM DENGGI : JANGAN AMBIL MUDAH

aedes

Demam denggi dijangkiti melalui nyamuk Aedes yang membawa virus wabak tersebut dengan menggigit orang yang terkena penyakit ini dan kemudian dijangkitkan pula kepada orang lain melalui gigitannya.

Tanda-tanda demam denggi:
• Demam yang berpanjangan
• Berasa terlalu pening
• Sakit belakang mata
• Sakit sendi dan sengal tubuh
• Loya dan muntah
• Ruam kulit – antara hari kedua dan hari keenam
• Pendarahan otak

Virus denggi ini akan mengalir di dalam badan manusia dalam tempoh tiga hingga 14 hari. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, segeralah ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

denggi-cegah-nyamuk

Cara-cara mencegah pembiakan nyamuk aedes:
• Pastikan bekas takungan air sentiasa bersih
• Telengkupkan bekas yang berkemungkinan boleh menakung air
• Potong rumput dan lalang yang panjang di sekitar rumah
• Gunakan kelambu atau ubat nyamuk ketika tidur
• Tutup tingkap pada waktu senja
• Awasi tempat-tempat yang menjadi tumpuan pembiakan nyamuk aedes terutamanya pasu bunga, kolam mandi, tangki simpanan air dan lain-lain

Sumber: Berita Harian (29 Mei 2015)

Artikel dimasukkan pada 24 Ogos 2015

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking