Selasa 19 March 2019
A- A A+

Kesihatan Mental

APAKAH KESIHATAN MENTAL?

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.


KESIHATAN MENTAL JUGA MERUJUK KEPADA:

• Cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak.

• Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya.

• Cara kita berinteraksi dengan orang lain.


MASALAH KESIHATAN MENTAL:

• Kemurungan. • Kecelaruan kebimbangan umum.

• Kecelaruan panik.

• Kecelaruan obsesif kompulsif.

• Kecelaruan stres selepas trauma.

• Gangguan tidur.


APAKAH YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL?

• Cara/ corak asuhan seseorang.

• Tahap pendidikan.

• Agama dan budaya hidup.

• Pengaruh persekitaran (rakan sebaya, guru-guru).

• Keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang.

• Kesihatan fizikal.

Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang.


ADAKAH MENTAL ANDA SIHAT?

Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.

Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO)

Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, – Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)

Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:

-  Selesa dengan diri sendiri Selesa dengan orang lain

-  Selesa dengan persekitaran

-  Dapat memenuhi tuntutan kehidupan

-  Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik

 

Sumber:  Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking