Isnin 12 November 2018
A- A A+

ESSCOM

Pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah telah menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM ( Eastern Sabah Security Command).

Wujudnya ESSCOM bukan kerana fungsi ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tidak efektif atau untuk mengambil alih tugas tetapi sebenarnya untuk memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh entiti organisasi tersebut. Pembentukan ESSCOM merangkumi kawasan pantai timur negeri Sabah termasuk Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

YAB Perdana Menteri mengisytiharkan 10 daerah Zon Selamat Sabah Timur ESSZONE yang berkuat kuasa bagi melindungi tanah berdaulat Sabah susulan insiden pencerobohan tanpa izin.

Pengisytiharan ESSZONE melibatkan 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri. Perdana Menteri sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

Jawatankuasa ESSZONE dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah dan YAB Perdana Menteri mempengerusikan jawatankuasa pemantau.

Sumber: Portal Rasmi ESSCOM


Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking