Isnin 12 November 2018
A- A A+
  • Utama
  • SOSIAL
  • Pertahanan
  • 7 Inisiatif Baru untuk Warga Awam Kementerian Pertahanan dan 2 Inisiatif untuk Warga ATM/Veteran

7 Inisiatif Baru untuk Warga Awam Kementerian Pertahanan dan 2 Inisiatif untuk Warga ATM/Veteran

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengumumkan tujuh inisiatif baharu bagi manfaat warga awam Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan dua inisiatif lagi untuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Veteran dalam Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2018 di Wisma Perwira pada 27 Februari 2018.

Inisiatif baharu itu adalah agenda yang akan dilaksanakan di bawah Enam Teras Hala Tuju MINDEF bagi tahun 2018. Inisiatif ini sebagai bukti bahawa kita mendengar luahan dan permintaan warga awam MINDEF dan ATM serta sedar akan keperluan kebajikan terhadap mereka. Ia juga sebagai tanda penghargaan terhadap bakti mereka dalam MINDEF dan ATM seterusnya berharap ia dapat diterima baik khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik ketika ini.

Semua inisiatif itu mencakupi enam teras hala tuju MINDEF membabitkan Teras Kebajikan, Perumahan, Kesiapsiagaan, Keselamatan, Diplomasi Pertahanan dan Kesihatan.

 

INFO

Tujuh inisiatif untuk warga awam MINDEF

1. Peruntukan 500 daripada 3,500 unit Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWip) yang akan dibina di Sungai Besi.

2. Karnival Jualan Murah (BestBuy) secara bulanan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menawarkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.

3. Naik taraf Taska PUSPANITA MINDEF. Ini termasuk pewujudan rumah transit, sumbangan kenderaan pelbagai guna kepada Persatuan Kebajikan Kakitangan Awam dan PUSPANITA selain sumbangan RM30,000 bagi mengerakkan aktiviti persatuan.

4. Bantuan Pendidikan Khas bagi anak-anak warga awam MINDEF yang mendapat keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka akan memperoleh bantuan RM100 setiap bulan selama setahun bagi PT3 dan RM150 setiap bulan selama setahun bagi SPM.

5. Peningkatan kuota khas ibadat haji dari 100 kepada 200. Menerusi inisiatif ini, seramai 200 warga awam MINDEF boleh menunaikan haji tanpa perlu menunggu giliran.

6. Memperkasa perkhidmatan pendidikan. Memastikan anak-anak warga awam MINDEF di 38 buah sekolah di dalam kem ATM di seluruh negara menikmati manfaat pendidikan, termasuk pengangkutan feri sekolah yang lebih selesa.

7. Rawatan perubatan di Hospital ATM dan Poliklinik ATM.

 

Dua inisiatif untuk warga ATM dan veteran

1. Pewujudan skim pembiayaan khas Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) bernilai RM14,000 hingga RM140,000 bagi yang berkelayakan untuk jangka masa pembiayaan masa lima dan 10 tahun.

2. Penubuhan Tabung Khas untuk Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).


 

Sumber:  Berita Harian Online Selasa, 27 Feb, 4.13 pm

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking