Isnin 12 November 2018
A- A A+

Perkasa Perwira Identiti Perancangan Kebajikan MinDef

Majlis Pelancaran Logo Perkasa Perwira terdiri dari anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Veteran ATM, Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kakitangan awam MinDef dirasmikan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 15 Feb 2018.

MENHAN disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Abdul Rahim Mohd Radzi.

Perkasa Perwira merupakan pusat sehenti bagi warga ATM yang ditubuhkan berdasarkan aspirasi negara untuk memperkasa setiap tentera, bekas anggota, dan keluarga dengan segala kemudahan serta faedah yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Identiti ini dinamakan Perkasa Perwira dan secara ringkasnya, perkataan Perkasa melambangkan usaha memperkukuh dan menambah baik manakala perkataan Perwira pula melambangkan pahlawan dan pejuang yang terdiri daripada warga ATM, veteran ATM serta warga awam Kementerian Pertahanan.

Perkasa Perwira membawa maksud pengukuhan kepada warga ATM dan Kementerian Pertahanan. Inisiatif Perkasa Perwira ini merupakan inisiatif turun padang ke seluruh negara yang dilaksanakan dengan bersandarkan dua objektif utama.

Objektif Perkasa Perwira:

1.   Bagi membolehkan MENHAN dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM memantau setiap projek, inisiatif dan program yang telah dirancang agar ia dilaksanakan      dengan bersungguh-sungguh oleh pihak yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab.

2.   Membolehkan MENHAN dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM berinteraksi hingga ke akar umbi agar segala perancangan yang dilaksanakan dapat dirasai, dihargai dan disokong oleh golongan sasar. dari segi peluang pekerjaan, pendidikan, sara hidup mahupun kemudahan pembiayaan, adalah misi organisasi ini untuk memperkasa para perwira tanah air dan keluarga yang senantiasa berkorban jiwa dan raga mahupun nyawa demi menjaga kedaulatan dan keselamatan setiap rakyat Malaysia.

Misi dan visi Perkasa Perwira ialah memperkasa warga ATM dengan pelaksanaan teras kebajikan di bawah hala tuju MINDEF 2017 dan memperkukuh pertahanan negara dengan pemerkasaan kebajikan warga ATM.

Sumber: Majalah Berita Tentera Darat Malaysia

Cetak Emel

Real time web analytics, Heat map tracking